• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 8 dilancarkan sempena ulangtahun ke-8 Xiaomi

  • OLEH Najib
  • 5:23 pm
  • 22/05/2018
  • Komen
Mi 8 dilancarkan sempena ulangtahun ke-8 Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Lama tak dengar khabar siri flagship dari Xiaomi, kali terakhir adalah dari Mi 6. Kemudianya Xiaomi melancarkan Mi MIX 2 dan Mi MIX 2s dengan skrin yang lebih besar.

Hari ini, Donovan Sung selaku pengarah Xiaomi Global, mengumumkan Mi 8 akan dilancarkan di Shenzhen, China pada hujung bulan ini, 31 Mei 2018. Ia diadakan serentak dengan sambutan ulangtahun Xiaomi ke-8.



Mi Fans, amazing news! ?

To celebrate our 8th year anniversary, we’ll be launching Mi 8 at our annual flagship product launch in Shenzhen on May 31. ❤

Stay tuned for more details!#Xiaomi #Mi8 #flagship #launch #shenzhen pic.twitter.com/O7Lh3MJAqw

— Donovan Sung (@donovansung) May 22, 2018

Sebelum tu, di manakah Mi 7? Tidaklah diketahui apa yang terjadi kepada Mi 7, atau kenapa Xiaomi mengabaikan nombor 7 dan terus ke nombor 8. Tiada kenyataan rasmi lagi. Mungkinkah ada kaitan dengan Samsung Galaxy Note7? Mungkin juga untuk menyamakannya dengan ulangtahun Xiaomi ke-8.

Belum ada sebarang kenyataan tentang apa yang akan ada pada Mi 8, tetapi beberapa khabar angin telah terdapat di alam maya. Antara yang dilihat hampir pasti, adalah penggunaan cip terbaik masakini, Snapdragon 845 bersama RAM sehingga 8GB. Storan pula bermula dari 64GB dengan tiada sokongan mikroSD.



Satu berita yang agak kuat bertiup adalah tentang penggunaan pengimbas capjari di atas skrin. Ia pertama kali diperlihatkan oleh Vivo X20 dan telah ada di Huawei Mate RS Porsche Design. Terdapat video ringkas tentang perkara ini tetapi masih jauh dari kebenaran.

Selain itu, Mi 8 dijangka mewarisi beberapa fungsi yang terdapat pada Mi MIX 2s, seperti sokongan pengecas wayarles pantas serta bateri lebih besar, dikatakan berkapasiti 4,000mAh.

Kita nantikan pelancaran Mi 8 pada 31 Mei nanti. Sementara itu, mungkin akan ada beberapa lagi berita terbocor tentang Mi 8 menjelang tarikh pelancarannya.

Satu perkara menarik yang ingin kami lihat, dapatkah Mi 8 menyaingi harga dan spesifikasi honor 10 yang baru dilancarkan di Malaysia hari ini?

Tags: Mi 8xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi 8 dilancarkan sempena ulangtahun ke-8 Xiaomi

Mi 8 dilancarkan sempena ulangtahun ke-8 Xiaomi

22 May 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN