Nova 3e Jadi Telefon Berstoran 128GB Termurah Di Malaysia Setakat Ini

Agak jarang telefon kelas pertengahan ditawarkan dalam storan 128GB. Storan sebesar ini biasanya hanya hadir pada telefon flagship. Tapi untuk RM1,399, tak perlu dipertikaikan lagi yang Huawei nova 3e adalah telefon 128GB termurah dalam pasaran.

Dilancarkan di Malaysia dengan gayanya, nova 3e sebenarnya berada dalam famili P20 dalam pasaran Eropah contohnya. Jadi tidak hairanlah rupanya mirip telefon flagship 2018 Huawei.

Anda boleh menemui notch pada dahinya tapi pengimbas cap jari dipindahkan daripada depan ke belakang telefon bagi memberi ruang pada panel paparan memanjangnya itu. Pada bahagian muka, anda akan menemui panel HD Penuh bersaiz 5.8″ dengan resolusi 2280 x 1080.

Audiofilia pastinya gembira dengan berita ini. Huawei nova 3e masih menyertakan port audio 3.5mm yang boleh ditemui di sebelah port USB-C.

Sebahagian besar badannya dilitupi kaca Corning Gorilla kecuali pada bahagian sisinya sebagai rangka. Makanya, anda mungkin perlu kerap membersihkan badannya akibadipenuhi cap jari.

Beralih pada spesifikasi dalaman, ia hampir menyamai spesifikasi sebuah Huawei nova 2i yang dilancarkan tak lama dulu.

Pada papan utama, anda menemui CPU Kirin 659 yang ditemani RAM seluas 4GB beserta storan 128GB. Jika storan masih tidak cukup, ia boleh diperluas melalui slot kad SD hibird.

Di jabatan pengimejan, ia hadir dengan konfigurasi dwikamera belakang dan ekakamera depan. Kamera belakangnya diperkasa sensor 16MP dan 2MP yang bertugas mengukur kedalaman dalam mensimulasikan kesan bokeh. Swafoto pula boleh diambil menggunakan kamera depan 16MP.

Telefon ini mula boleh dibeli bermula 25 Mei 2018 pada harga RM1,399. Tapi, jika anda membelinya sebelum 31 Mei 2018, anda berpeluang menerima rebat sebanyak RM79 daripada promosi diskaun 6& yang sedang berjalan.

BACA  Pembukaan Mi Store Pavilion ada banyak promosi dan diskaun

Maka, harga belian sebelum 31 Mei 2018 adalah RM1,320. Selain rebat, anda turut akan menerima kayu selfie HUAWEI bernilai RM68 secara percuma.

Spesifikasi Huawei nova 3e

Sistem OperasiAndroid 8.0 Oreo
EMUI 8.0
Paparan5.8"
HD+ Penuh
2280 x 1080
PemprosesKirin 659
Storan64GB
128GB
RAM4GB
Kamera belakang16MP F2.2
2MP
Kemera depan24MP F2.0
Bateri3,000mAh
HargaRM1,399