• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Menteri KKMM baharu mahu internet lebih pantas pada separuh harga

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 23/05/2018
  • Komen
Menteri KKMM baharu mahu internet lebih pantas pada separuh harga
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh Deo menyatakan mahu melaksanakan sistem jalur lebar dengan kelajuan dua kali lebih pantas, pada separuh harga. Itu adalah antara intipati awal ucapan beliau apabila memasuki pejabat Menteri di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) buat pertama kalinya.

Beliau berkata pada masa ini, ramai yang membuat aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan negara-negara maju. Pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perkara tersebut.



Selain itu, beliau akan memastikan kebebasan media dalam melaporkan berita dan membuat kritikan kepada kerajaan terjamin. Beliau yakin, rakyat negara ini telah matang untuk menonton program perdebatan di kaca televisyen bagi mendapat maklumat dan memahami sesuatu isu yang timbul.

Penubuhan majlis media dan pengukuhan kebebasan media adalah antara agenda utama beliau seperti di dalam manifesto pilihan raya umum Pakatan Harapan, yang ia berjanji akan menunaikannya dalam masa 100 hari. Tambah Gobind, kebebasan media kini menjadi keutamaan beliau. Beliau komited dalam memberi kebebasan kepada para pemberita untuk melaporkan berita seadanya.



Gobind juga berkata, KKMM akan menubuhkan sebuah pasukan pakar undang-undang untuk mengkaji sama ada Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan April lepas, patut dimansuhkan atau dipinda. Beliau bersama pasukan itu akan mengkaji semua perkara berkaitan akta tersebut sebelum mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain Akta Antiberita Tidak Benar, Gobind berkata terdapat juga undang-undang lain yang perlu dikaji semula seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan yang menyekat kebebasan bersuara.

[Sumber: Bernama 1, 2]

Tags: GobindInternet lajuInternet murahKKMMMenteri KKMMMenteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Menteri KKMM baharu mahu internet lebih pantas pada separuh harga

Menteri KKMM baharu mahu internet lebih pantas pada separuh harga

23 May 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER