• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO R15 Pro ada hadiah RM399 untuk yang terawal

  • OLEH Najib
  • 7:40 pm
  • 24/05/2018
  • Komen
OPPO R15 Pro ada hadiah RM399 untuk yang terawal
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO R15 Pro hari ini selamat dilancarkan di Malaysia. Ia menampilkan bukan sahaja kamera pakar swafoto yang mempopularkan nama OPPO di Malaysia, malah kembali dengan kamera belakang yang tidak kurang hebatnya.

Tampil menawan dalam warna Cosmic Purple dan Ruby Red, OPPO R15 Pro datang dengan kamera hadapan 20MP bersama kuasa AI bagi mencantikkan tangkapan swafoto. Kamera belakang pula yang pertama seumpamanya di OPPO, dwi-lensa 16MP F1.7 dan 20MP F1.7 untuk penghasilan efek bokeh yang semulajadi.



OPPO tidak lupa untuk meniti arus semasa apabila menampilkan skrin bertakuk di dahi. Skrin OLED berkeluasan 6.28-inci ini memiliki resolusi FHD+ 2280×1080. OPPO R15 Pro menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo bersama ColosOS 5.0, dengan bateri sebesar 3,400mAh dan boleh dicas pantas menggunakan teknologi VOOC.

Kuasa dalamannya menggunakan cip Snapdragon 660, dengan 6GB RAM serta 128GB storan dalaman. Ia memiliki slot kad sim hibrid, pilihan menggunakan antara 2kad sim nano atau 1 kad sim bersama kad mikroSD.



Telefon pintar OPPO R15 Pro akan dijual di Malaysia dengan harga RM2,399 pada 1 Jun 2018, dengan GST 0%. Tempahan awal dibuka dari hari Jumaat, 25 Mei 2018 dan boleh dibuat di Stor Konsep OPPO, Stor Online OPPO Stor Online Celcom, serta di Lazada, Shopee dan 11street.

Penempah awal juga akan menerima hadiah percuma berupa jam pintar WeLoop XH3 bernilai RM399. Ia turut ditawarkan di Celcom melalui progeap EasyPhone, iaitu ansuran 24 bulan hanya RM42/bulan.

Eksklusif di Stor Flagship OPPO KLCC, pelanggan boleh mendapatkan OPPO R15 Pro mereka seawal 29 Mei 2018. Malah, OPPO menyediakan hadiah istimewa untuk 100 pelanggan pertama yang melengkapkan tempahan mereka.

Tags: oppoOPPO MalaysiaOPPO R15 ProOPPO R15 Pro Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO R15 Pro ada hadiah RM399 untuk yang terawal

OPPO R15 Pro ada hadiah RM399 untuk yang terawal

24 May 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER