Snapdragon 710 Ahli Baru CPU Qualcomm Dalam Kategori Pertengahan Premium

Jika anda masih ingat, Snapdragon siri 700 telah diperkenalkan Qualcomm semasa temasya Mobile World Congress 2018 yang lalu. Dan pada hari ini, ahli pertamanya diumumkan secara rasmi iaitu Snapdragon 710.

Berbanding Snapdragon 650 dan 660, tidak banyak perubahan yang dilihat pada seni binanya tapi berbanding Snapdragon 625, ia nyata lebih berkuasa. Mungkin siri 700 ini diperkenalkan untuk memisahkan dua CPU dalam siri 600 yang berbeza sasaran penggunanya.

Snapdragon 710 ditujukan pada peranti kelas pertengahan yang lebih premium dan dibangunkan untuk memiliki prestasi yang lebih tinggi berbanding kelas pertengahan bajet. Ia dibuktikan dengan penggunaan CPU yang lebih mirip Snapdragon 845.

Anda menemui teras Kryo 360 dengan clockspeed sehingga 2.2Ghz. Ia turut diperkasa GPU baru iaitu Adreno siri 600. Ia dikatakan 35% lebih baik berbanding yang ada pada Snapdragon 660.

Kecekapan tenaga tidak diabaikan. Ia dihasilkan menggunakan acuan 10nm, acuan yang sama digunakan Snapdragon 845.

Secara keseluruhannya, Snapdraogn 710 memang mirip sebuah Snapdragon 845 kecuali pada beberapa tempat seperti kehadiran modem LTE 1GBPS misalnya.

Tidaklah diketahui telefon mana yang terlebih dahulu akan menggunakan CPU ini tetapi Qualcomm menjangkakan ia akan mula digunakan pada separuh kedua 2018.

Rumusan spesifikasi Snapdragon 710

Kecerdasan Buatan (AI)

  • 2 kali ganda lebih cekap berbanding Snapdragon 660.

Kamera

  • Kehadiran ISP Spectre 250 benarkan kamera sehingga 32MP ataupun 20MP untuk dwikamera.
  • Keupayaan Face ID / Nyahkunci yang lebih maju.

Paparan

  • Menyokong panel paparan sehingga 4K HDR, yang pertama seumpamanya ditawarkan pada CPU selain Snapdragon siri 800.

Ketersambungan

  • Dikuasakan modem Snapdragon X15 LTE yang berikan capaian sehingga 800 Mbps.
  • Sokongan Carrier Aggregation sehingga 2 saluran.
BACA  Dell Perkemas Laptop Inspiron Khas Untuk Memperkasa Digital Nomad 2018

Prestasi dan Bateri

  • 40% lebih cekap tenaga, 20% lebih tinggi prestasi, pelayar web 25% lebih pantas, dan masa melancarkan APP 15% lebih pantas berbanding Snapdragon 660.
  • Bateri boleh dicas pantas menggunakan Quick Charge 4+

[Sumber: Qualcomm]