Beli telefon Samsung Galaxy nak raya ni berpeluang menang kereta Mercedes

Meriahkan hari raya anda dengan telefon pintar baru Samsung, kerana ia mungkin memberikan anda lebih dari itu. Samsung menyediakan pelbagai hadiah bernilai RM2 juta yang boleh dimenangi hanya dengan membeli telefon pintar Samsung.

Dari 24 Mei hingga 24 Jun 2018, pembeli telefon pintar Samsung Galaxy boleh menyertai cabutan bertuah hanya dengan menjawab satu soalan mudah di dalam kad penyertaan. Kad ini kemudiannya akan dicabut secara rawak dan pemenang akan diumumkan pada 10 Julai 2018.

Hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah ini berupa:

1x Hadiah Utama: Mercedes GLC200

1x Hadiah Pertama: Mercedes GLA200 Urban Line

1x Hadiah Kedua: Mercedes CLA200

5x Hadiah Ketiga: Honda HRV

20x Hadiah Keempat: Vespa S 125 i-GET

10x Hadiah Saguhati: Samsung Front Load Combo Washer with QuickDrive, 9kg wash & 6kg dry

10x Hadiah Saguhati: Samsung 55″ NU7400 Smart 4K UHD TV

10x Hadiah Saguhati: Samsung POWERbot Vacuum Cleaner with CycloneForce

10x Hadiah Saguhati: Samsung POWERstick PRO

20x Hadiah Saguhati: Samsung Refrigerator, Lux Brown, Twin Cooling Plus,4 Modes Smart Conversion, ABP, Cool Pack, DIT

60x Hadiah Saguhati: Samsung Washing Machine, Digital Inverter

100x Consolation Prize: Samsung Convection Microwave Oven with HotBlast, 28L

Syarat dan terma penuh peraduan ini boleh disemak di sini.

Selain peraduan di atas, pembeli juga akan menerima hadiah percuma. Pembeli Galaxy S9 dan S9+ akan menerima pelan perlindungan Samsung Protection Plus bernilai RM298 secara percuma, yang memberikan satu kali penggantian skrin serta jaminan tambahan tahun kedua.

Bagi pembeli telefon pintar Galaxy Note 8, Galaxy S8+, Galaxy S8, Galaxy A8+, Galaxy A8, Galaxy A6+, Galaxy A6 atau Galaxy J6, mereka akan menerima pelan perlindungan skrin bernilai RM149 secara percuma. Ia memberi pengguna satu kali penggantian skrin jika rosak.

Tambahan hadiah untuk pembeli model terbaru Samsung Galaxy A6+, Galaxy A6, Galaxy J6 dan Galaxy J4, akan menerima kad hadiah Petronas bernilai RM20 secara percuma. 4 model baru ini pasti menarik minat ramai dengan harga yang ammpu dimiliki, serta penggunaan skrin Super AMOLED.

Menarikkan hadiah yang disediakan Samsung ni. Mana tau boleh dapat sebuah kereta atau vespa baru raya nanti. Jangan lupa untuk beli telefon pintar Samsung dari 24 Mei hingga 24 Jun 2018. Lepas itu jawab soalan dan hantar kad penyertaan tu.

Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi kempen Samsung Mobile Raya 2018.