• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bil TM lebih rendah bermula bulan depan

  • OLEH Najib
  • 6:06 pm
  • 28/05/2018
  • Komen
Bil TM lebih rendah bermula bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak syarikat telah mengambil langkah awal mengurangkan harga selepas Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan akan melaksanakan GST pada kadar 0% bermula 1 Jun. Buat syarikat lain, 1 Jun nanti mereka perlu mengurangkan kadar GST dari 6% kepada 0%.

Untuk itu, Telekom Malaysia (TM) mengeluarkan kenyataan bahawa mereka patuh kepada arahan baru Kementerian Kewangan ini dan akan mengenakan GST 0% pada semua produk dan servis mereka, bermula 1 Jun 2018. Ia meliputi Unifi Broadband, Unifi Wireless dan Unifi Mobile.



Sebagai contoh, jika anda melanggan Unifi Advance Plan 30Mbps dengan bayaran RM179 sebulan, anda perlu menambah RM10.74 untuk GST 6% sebelum ini. Manakala pelan tanpa had webe RM79 pula, dikenakan RM4.74 tambahan untuk GST 6%. 1 Jun kelak, GST 6% ini tidak lagi perlu dibayar.

Tetapi ini hanyalah langkah awal dari Kementerian Kewangan Malaysia. Cukai GST ini akan digantikan dengan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak lama lagi. Jadi bayaran tambahan untuk cukai SST akan kelihatan semula di dalam bil TM.



Anda akan dapat melihat kadar GST 0% di dalam bil yang diterima selepas 1 Jun 2018.

[Sumber: TM]

Tags: GSTGST 0%Telekom MalaysiaTM
Najib

Najib

POPULAR

Bil TM lebih rendah bermula bulan depan

Bil TM lebih rendah bermula bulan depan

28 May 2018
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN