• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bye UberEats, Hai GrabFood

  • OLEH Najib
  • 11:32 am
  • 28/05/2018
  • Komen
Bye UberEats, Hai GrabFood
Share on FacebookShare on Twitter

UberEats adalah sebahagian dari servis yang disediakan Uber dan baru mula bertapak di Malaysia tahun ini. Selepas pengambilalihan Uber oleh Grab di Asia Tenggara, UberEats turut menerima kesannya.

Hari ini, 28 Mei adalah tarikh rasmi UberEats ditamatkan perkhidmatannya. Hari ini juga tarikh rasmi penggantinya tiba, GrabFood.



GrabFood hari ini secara rasminya mula beroperasi di Malaysia, dengan liputan yang masih terhad di Lembah Klang iaitu sekitar Mont Kiara, Sri Hartamas, Bukit Damansara dan Bangsar. Dalam masa terdekat, mereka akan meluaskan liputan servis ke Kampung Baru, Chow Kit, Pusat Bandar Kuala Lumpur, Titiwangsa dan Setiawangsa.

GrabFood kini memiliki lebih 300 rakan niaga di antaranya KGB (Bangsar), Makirito, La Juiceria Superfood Cafe, Humble Chef, Inside Scoop, dan Devil’s Corner.



Caj yang dikenakan GrabFood dilihat agak sama dengan UberEats. Tiada tempahan minimum diperlukan dan setiap tempahan dikenakan caj penghantaran RM5 sahaja. Berbeza dengan FoodPanda yang mengenakan caj minima tempahan sebanyak RM15.

Bersama pelancaran ini, Grab menyediakan kupon promosi RM15 untuk 2 tempahan pertama. Hanya masukkan kod HIGRABFOOD semasa tempahan, dan ia sah digunakan sehingga 30 Jun 2018.

Aplikasi GrabFood berasingan dari aplikasi Grab, tetapi anda perlu memiliki akaun Grab terlebih dahulu kerana GrabFood memerlukan daftar masuk ke akaun Grab.

Muat turun aplikasi GrabFood di Apple Appstore atau Google Playstore untuk mula menggunakannya. Dapatkan maklumat lanjut tentangnya di laman GrabFood Malaysia.

Tags: GrabGrab MalaysiaGrabFoodGrabFood MalaysiaUberEats
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Bye UberEats, Hai GrabFood

Bye UberEats, Hai GrabFood

28 May 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN