OPPO F7 x Neelofa Edition ada banyak hadiah raya pada harga sama

Peminat Neelofa, penantian anda kini sudah berakhir. Neelofa bersama OPPO Malaysia kini mengumumkan hadiah yang datang bersama edisi khas telefon pintar OPPO F7 x Neelofa Edition.

OPPO F7 x Neelofa Edition adalah telefon pintar OPPO F7 berwarna hitam. Ia datang bersama kotak hadiah yang berisi case telefon edisi Raya, Skaf Edisi Raya Neelofa, kad ucapan Neelofa dan fon kepala Bluetooth. Semua rekaan pada hadiah ini direka sendiri oleh Neelofa, bertemakan alam sekitar dan burung merak.

Paling menarik, OPPO mengekalkan harga edisi khas ini sama seperti harga biasa OPPO F7, iaitu RM1,399 sahaja. Malah, sebahagian dari hasil jualan telefon pintar ini akan disalurkan kepada badan kebajikan sempena Hari Raya nanti.

Tempahan OPPO F7 x Neelofa Edition ini akan dibuka bermula 1 Jun 2018, pada jam 12 tengah hari. Tempahan ini dibuat eksklusif dalam talian sahaja, dan boleh dibuat di Stor Online OPPO, Lazada, Shopee dan 11street.

Tetapi pelanggan boleh mengambil tempahan di Stor Konsep OPPO jika membuat tempahan di Stor Online OPPO. Tempahan ini kemudiannya boleh diambil atau dihantar bermula 9 Jun 2018.

OPPO F7 adalah telefon pintar pakar swafoto kerana ia menggunakan kamera hadapan 25MP F2.0 yang dibantu dengan kuasa Beauty AI 2.0, untuk menghasilkan gambar swafoto yang lebih menarik. Kamera belakang pula 16MP F1.8.

Kuasa OPPO F7 digerakkan oleh pemproses Mediatek Helio P60, 4GB RAM dan 64GB storan. Ia memiliki skrin nirbingkai 19:9 bertakuk ala iPhone X, berukuran 6.23-inci dan resoluai FHD+ (2280×1080). Baterinya pula 3,400mAh.

Jika anda berniat membeli telefon pintar OPPO F7, apa kata dapatkan je terus OPPO F7 x Neelofa Edition ini kerana ia datang dengan lebih banyak hadiah, pada harga yang sama. Ingat, 1 Jun ni tempahan mula dibuka. Sempatlah nak beraya dengan telefon baru ni.

BACA  Telefon ini ada lebih banyak RAM dari laptop anda