Xiaomi Mi 8 Mungkin Miliki Ketepatan GPS Sejengkal

Xiaomi dijadualkan akan melancarkan flagship terbaru mereka, Mi 8, pada 31 Mei ini. Menjelang hari pelancaran, semakin banyak maklumat terbocor di Internet. Maklumat yang terbaru adalah rupa kotaknya dan terdapat satu ciri yang menarik pada telefon ini menurut kotaknya.

Pada kotaknya tiga berkaitan telefon yang tercetak padanya adalah seperti:

  • kehadiran dwikamera yang diperkas AI
  • penggunan CPU Snapdragon 845
  • sistem Dwi-GPS

Perkataan Dwi-GPS adalah sesuatu yang menarik kerana belum ada telefon pintar yang mengiklankan yang ia menyokoong Dwi-GPS. Besar kemungkinan telefon ini menggunakan sensor GPS BCM47755 yang dilancakran Broadcom penghujung tahun lalu.

Apa bezanya cip GPS Mi 8 dengan yang sedang digunakan sekarang?

Satelit yang bertanggung jawab untuk navigasi memancarkan isyarat khas yang dipanggil L1. Isyarat ini digunakan oleh telefon untuk menentukan kedudukan telefon anda. Isyarat ini sudahpun dimanfaatkan sistem penjejak di darat sejak 1978.

Seiring dengan kemajuan teknologi, isyarat L5 mula dipancarkan oleh satelit navigasi. Isyarat ini lebih rintang pada gangguan tetapi peralatan elektronik pengguna tidak menggunakannya akibat cip GPS yang tidak menyokong iysrat L5.

Tapi dengan adanya cip yang baru daripada Broadcom ini, telefon boleh memanfaatkan kedua-dua isyarat L1 dan L5 untuk menentukan kedudukannya di atas muka bumi ini dan ia dikatakan sejitu 30cm berbanding 500cm pada sistem lama ataupun lebih 16 kali ganda lebih tepat.

Sebagai perspektif, jika anda membaling batu daripada langit ke sasaran, ia hanya tersasar daripada tujuan dalam sejauh dua jengkal sahaja. Begitulah tepatnya sistem dwi-GPS.

[Sumber: PhonearenaSpectrum]

BACA  Lupakan WearOS Kerana Huawei Watch GT Ini Mampu Bertahan 14 Hari Lamanya