• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kedai EXTRA BASS Sony Miliki Segalanya Buat Peminat EDM

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:58 pm
  • 30/05/2018
  • Komen
Kedai EXTRA BASS Sony Miliki Segalanya Buat Peminat EDM
Share on FacebookShare on Twitter

Sedang kebanyakkan jenama mula beralih ke saluran dalam talian, Sony masih menaruh kepercayaan terhadap saluran konvesional apabila melancarkan sebuah kedai konsep, EXTRA BASS di Sunway Pyramid.

Kedai ini berbeza daripada kedai biasa kerana ia bukan sahaja menjual produk audio Sony yang mendukung jenama EXTRA BASS, ia juga menjadi pusat sehienti kepada golongan yang mempunyai “mata seni” dalam genre electronic dance music (EDM).



Jika anda berkunjung ke EXTRA BASS, anda akan dihidangkan dengan sebuah kedai berhias grafitti, ada lantai lapang untuk menari, dinding dipenuhi speaker, serta ada pentas untuk DJ memutarkan audio.

Terdapat juga ruangan papan kenyataan untuk peminat mengwar-warkan acara yang berlaku di sekitar tanah air. Pelajar universiti sekitar Sunway Pyramid digalakkan untuk memenuhkan ruangan ini bagi menyemarakkan industri muzik elektronik di Malaysia.



Selain itu, Sony Malaysia turut mengumumkan kerjasama mereka bersama salah-satu jenama pakaian urban hip-hop terkenal di Malaysia, Pestle & Mortar Clothing. Apabila anda membeli sebarang produk EXTRA BASS, anda akan menerima baju eksklusif hasil kolaborasi antara kedua-dua jenama itu.

Speaker SRS-XB41, SRS-SB31, dan SRS-XB21 EXTRA BASS

Sekiranya anda berpeluang melawat stor EXTRA BASS, jangan lepaskan peluang untuk mencuba tiga speaker wayarles terbaru Sony iaitu:

  • SRS-XB41
  • SRS-SB31
  • SRS-XB21

SRS-XB21

SRS-XB31

SRS-XB41

Speaker-speaker ini direka khas untuk berparti, lihat sajalah lampu-lampu LED yang bertebaran disekitar badan speaker ini. Lampu RGB ini boleh ditukar warna menggunakan APP khas yang boleh dimuat turun.

Tambah menarik, speaker ini boleh saling berhubung sesama sendiri sehingga 100 ahli untuk menjadi sebuah “speaker” bersiri.

SRS-XB21

Ia memiliki kekalisan debu/air pada tahap IP67. Jadi anda tak perlu risau sekirannya ia kotor dan anda boleh membilasnya dengan air tanpa sebarang masalah.

Salah satu ciri menarik pada speaker ini adalah “party booster”. Terdapat sensor khas terbina dalam badan speaker ini. Ia boleh bertukar menjadi alat muziknya yang tersendiri apabila diketuk.

I/O pada SRS-XB31

Terdapat 15 jenis bunyi yang boleh dipilih dan bunyi-bunyi boleh dimuat turun melalui APP khas. Varian yang terbesar, XB41 memiliki hayat bateri sehingga 24 jam lamanya dengan bateri 4,900mAh.

Baki 2 speaker yang lain memiliki bateri 2,700mAh.

Ketiga-tiga speaker akan mula dijual 12 Jun 2018 pada harga:

  • SRS-XB41 – RM809
  • SRS-SB31 – RM569
  • SRS-XB21 – RM409

https://www.youtube.com/watch?v=KRKo4Bo4MyA

Tags: bluetoothextra bassSonySony Malaysiaspeaker
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kedai EXTRA BASS Sony Miliki Segalanya Buat Peminat EDM

Kedai EXTRA BASS Sony Miliki Segalanya Buat Peminat EDM

30 May 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN