HMD Lancar Tiga Telefon Kelas Bajet Dengan Tatanama Baru

Nokia 5, Nokia 3, dan Nokia 2 adalah antara telefon yang terawal dilancarkan HMD dalalm tahun 2017 selepas memiliki tanda dagang Nokia untuk menghasilkan telefon berjenama ikonik itu. Untuk tahun 2018, mereka mengumumkan generasi seterusnya untuk ketiga-tiga telefon itu dan mereka adalah:

  • Nokia 5.1
  • Nokia 3.1
  • Nokia 2.1

Agak janggal tatanama yang digunakan Nokia. Sangat jarang pengeluar telefon menggunakan perpuluhan pada nama produk. Tapi ia mungkin memudahkan Nokia untuk menamakan produk-produk Nokia generasi baru kerana nombor tunggal sudahpun digunakan untuk merujuk kepada tahap ke-premium-man telefon itu.

Nokia 5.1

Nokia memang terkenal dengan kualiti binaan produk yang utuh. Nokia 5.1 adalah salah satu kebangaan HMD apabila ditempa dairpada sebongkah alumunium siri 6000 yang menyumbang kepada keteguhannya.

Dengan proses pengeluaran yang ditambah baik, Nokia 5.1 kini 0.3″ lebih besar paparannya tapi badannya kini 2mm lebih kecil.

Pada mukanya, ia dihiasi paparan HD Penuh bernisbah 18:9 sebesar 5.5″. Ia dikuasakan CPU MediaTek Helio P18 dengan RAM sama ada 2GB dan 3GB.

Bahagian storan pula boleh dipilih antara 16GB dan 32GB.

Untuk mengambil gambar, Nokia 5.1 diberikan kamera belakang 16MP dan kamera depan 8MP.

Tiada maklumat tentang pengecasan pantas diberikan tetapi ia dikuasakan sekeping bateri berkapasiti 2,970mAh.

Nokia 5.1 akan mula dijual bermula Julai 2018.

Spesifikasi Nokia 5.1

Paparan5.5"
HD Penuh+
2140×1080
PemprosesHelio P18
RAM2GB
3GB
Storan16GB
32GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
Kamera belakang16MP
Kemera depan8MP
Bateri2,970mAh

Nokia 3.1

Siri 3 adalah Nokia yang paling berjaya setakat ini. Untuk generasi baru, ia masih mengekalkan tahap kualiti tinggi yang dinikmati pada generasi sebelumnya.

Pada papan utama, anda boleh menemui CPU MediaTek 6750 terpateri padanya. Ia diiringi RAM antara 2GB dan 3GB serta storan 16GB ataupun 32GB.

Menariknya telefon ini adalah ia dilengkapi cip NFC. Ia bermakna, anda boleh menikmati cara pembayaran berasaskan NFC seperti Google Pay.

Telefon ini sedikit kecil berbanding Nokia 5.1. Ia diberikan panel paparan 5.2″ dan hanya memiliki resolusi HD+ dengan nisbah 18:9.

Di bahagian pengimejan, anda boleh menggunakan kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP untuk memenuhi keinginan berkarya anda.

Nokia 3.1 akan mula dijual bermula Jun 2018.

Spesifikasi Nokia 3.1

Paparan5.2"
HD+ 720p
PemprosesMediaTek 6750
RAM2GB
3GB
Storan16GB
32GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
Kamera belakang13MP
Kemera depan8MP
Bateri2,990mAh

Nokia 2.1

Nokia 2.1 kini menyertai Nokia 1 dalam program Android GO. Makanya anda boleh menjangkakan pengalaman ber-Android yang lancar berbekalkan spesifikasi terhad.

Saiz paparan kini lebih besar, 20% lebih berbanding sebelumnya kepada 5.5″ walaupun ia masih menggunakan panel 720p. Uniknya telefon ini adalah kehadiran sepasang speaker stereo yang menghadap depan. Pastinya memainkan muzik pada telefon ini adalah sesuatu yang baik.

Untuk spesifikasi mentah, ia dikuasakan cip Snapdragon 425 bersama-sama 1 GB RAM dan 8 GB storan yang boleh diperbesar melalui slot SIM hibrid.

Bahagian pengimejan dilengkapi kamera belakang 8MP dan kamera depan 5MP.

Kesemua komponen elektroniknya dikuasakan sekeping bateri 4,000mAh yang dicas melalui port mikro-USB.

Nokia 2.1 boleh dibeli di pasaran terpilih bermula Julai 2018.

Spesifikasi Nokia 2.1

Paparan5.5"
HD+ 720p
PemprosesSnapdragon 425
RAM1GB
Storan8GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo (GO)
Kamera belakang8MP
Kemera depan5MP
Bateri4,000mAh

[Sumber: HMD]