• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5 Tips Daripada YouTuber Wanita Untuk Wanita Di Luar Sana

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:36 pm
  • 01/06/2018
  • Komen
5 Tips Daripada YouTuber Wanita Untuk Wanita Di Luar Sana
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube selaku penyedia platform mengehos video terbesar dunia mampu berbangga kerana mereka kini digunakan oleh pelbagai pihak untuk tujuan baik. Salah satunya adalah untuk memperkasa wanita dalam pelbagai sektor yang sebelum ini didominasi lelaki lebih-lebih lagi di Malaysia.

Tiga pemilik saluran YouTube terkenal di Malaysia telah dijemput untuk berkongsi pengembaraan mereka sejak awal menubuhkan saluran YouTube sehingga berjaya mengaut ramai pengikut setia. Mereka adalah:



  • Leona Chin (Leona Chin 利念娜 Motorsports Athlete)
  • Jenn Chia (SoImJenn)
  • Linora Low (Linora Low)

Leona Chin adalah minoriti dalam arena sukan permotoran. Disebalik penampilan feminin, beliau menyertai banyak pertandingan lumba dan bersaing dengan lelaki lain.

Beliau menggunakan YouTube untuk berkongsi perjalanan beliau menjadi atlet sukan permotoran dan daripada YouTube jugalah beliau belajar cara untuk “drift”.



SoImJenn pada mulanya adalah saluran YouTube untuk Jenn Chia memuat naik video beliau menyanyi. Tetapi komen daripada penonton menyedarkan beliau yang mereka lebih sukakan Jenn bercakap berbanding menyanyi.

Hasilnya, semakin banyak video humor dimuat naik tidak kiralah dalam bentuk sitkom ataupun muzik.

Linora Low, disamping menjadi penyampai radio, beliau gemar melakukan aktiviti kecergasan. Menyedari tidak banyak wanita Malaysia yang terilbat dalam bidang ini secara professional.

Menyedari kekurangan ini dalam YouTube tempatan, beliau kini aktif memuat naik kandungan berkaitan kecergasan yang releven dengan penonton Malaysia.

Antara rangkuman nasihat daripada ketiga-tiga pemiliki saluran YouTube yang sempat dikongsikan mereka adalah seperti:

  1. Gunakan YouTube untuk belajar dan mengajar.
  2. Jadikan YouTube sebagai dairi ataupu buku skrap digital untuk mendokumentasikan minat anda kerana perkhidmatan ini percuma.
  3. Jangan takut dengan stereotaip kerana kita mungkin menjadi inspirasi kepada seseorang.
  4. Konsistensi amat penting supaya kita tidak hilang momentum dalam apa jua yang kita lakukan.
  5. Kekal utuh dengan pendirian supaya tidak mudah dipengaruhi pihak yang ingin mengambil kesempatan.
Tags: Googlejenn chialeona chinlinora lowYouTubeyoutube malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Tips Daripada YouTuber Wanita Untuk Wanita Di Luar Sana

5 Tips Daripada YouTuber Wanita Untuk Wanita Di Luar Sana

1 June 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER