• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Versi bajet vivo V9 berharga kurang dari RM1,000

  • OLEH Najib
  • 4:50 pm
  • 04/06/2018
  • Komen
Versi bajet vivo V9 berharga kurang dari RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda meminati telefon pintar vivo V9 tetapi masih kekurangan bajet, apa kata anda beralih arah ke vivo Y85 yang baru dijual di Malaysia. Ia memiliki rupa yang sama seperti vivo V9, pada harga yang lebih murah.

vivo Y85 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM999, dengan GST 0% berbanding vivo V9 yang berharga RM1,319. Dengan harga yang dikurangkan, sudah pasti terdapat aspek lain yang terpaksa dikorbankan.



Rupa depan dan belakang vivo Y85 memang saling tak tumpah dengan vivo V9. Ia memiliki skrin bertakuk di dahi, serta dwi kamera belakang disusun menegak bersama pengimbas capjari.

Telefon pintar vivo Y85 memiliki skrin FullView 19:9 berukuran 6.22-inci, tetapi dengan resolusi HD+ 1520×720. Ia dipasang dengan cip 8-teras 12nm (berkemungkinan MedaTek Helio P22) bersama 4GB RAM dan 32GB storan dalaman.



Untuk kamera pula, ia dilengkapi dwi-lensa di belakang gabungan 13MP+2MP manakala kamera hadapannya 8MP diperkasa AI Face Beauty.

Bateri di dalam vivo Y85 sebesar 3,260mAh dan dicas melalui port mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi FunTouch OS 4.0 berasaskan Android 8.1 Oreo.

vivo Y85 kini boleh dibeli di semua pengedar vivo, serta di portal dalam talian seperti 11street, Lazada, Shopee, PG Mall, LMall dan EZbuy.

Tags: vivovivo Malaysiavivo Y85vivo Y85 Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Versi bajet vivo V9 berharga kurang dari RM1,000

Versi bajet vivo V9 berharga kurang dari RM1,000

4 June 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN