Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Snapdragon 850 Siap Sedia Perkasakan Laptop Windows

Komputer yang ingin memilki tahap mobiliti tinggi seringkali menghadapi masalah terutama daripada segi hayat bateri dan ketersambungan dengan rangkaian Internet mudah alih. Melihat potensi untuk menembusi pasaran komputer peribadi, Qualcomm telah melancarkan Snapdragon 850, CPU generasi kedua yang dikhaskan untuk komputer.

Secara tradisionalnya, CPU x86 telah digunakan sejak awal kelahiran PC. Ia memang mampu memberikan prestasi mantap tapi untuk laptop, ia bukanlah satu penyelesaian sesuai kerana CPU jenis ini menggunakan banyak tenaga.

Snapdragon 850 menggunakan acuan yang serupa dengan Snapdragon 845 iaitu 10nm LPP. Spesifikasi kedua-duanya agak mirip. Bezanya CPU yang lebih baru ini memiliki clock speed lebih tinggi serta fitmware yang ditala khas untuk laptop.

Hasilnya, pengguna boleh menjangkakan:

  • peningkatan prestasi sebanyak 30%.
  • kecekapan tenaga 20% lebih baik.
  • kepantasan sambungan wayarles 20% lebih baik.

Selain kecekapan tenagan, ketersambungan dengan Internet turut merupakan kelebihan CPU Qualcomm berbanding CPU x86 kovesional.

Berbekalkan modem X20 LTE, ia boleh bersambung dengan Internet sepantas 1Gbps menggunakan teknologi carrier aggregation.

Tidaklah diketahui bilakah produk pengguna pertama yang ada Snapdragon 850 akan dilancarkan. Tapi menggunakan CPU ini, anda boleh menjangkakan sebuah laptop dengan tahap mobiliti tinggi, jangka hayat bateri panjang, serta sentiasa bersambung dengan rangkaian LTE.

[Sumber: AnandTech]

BACA  Siri Asus Zenfone 7 hadir dengan tiga kamera boleh putar dan skrin OLED 90Hz