• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

2 Soundbar Kompak Sony Ini Berikan Pengalaman Seakan Berada Dalam Pawagam Di Ruang Tamu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:19 pm
  • 07/06/2018
  • Komen
2 Soundbar Kompak Sony Ini Berikan Pengalaman Seakan Berada Dalam Pawagam Di Ruang Tamu
Share on FacebookShare on Twitter

Menyediakan kelengkapan audio bertaraf pawagam di ruang tamu adalah perkara yang rumit. Anda perlukan pelbagai jenis speaker yang diletakkan pada kedudukan khusus terutamanya yang perlu digantung di atas siling.

Bagi menyelesaiakan masalah itu, Sony melancarkan dua speaker dalam kategori soundbar yang mampu mensimulasikan bunyi daripada sistem speaker 7.1 dalam sebuah sistem yang amat kompak.



Dua soundbar yang dimaksudkan adalah:

  • Sony HT-Z9F
  • Sony HT-X9000F

Menggunakan teknologi proprietari “magis” yang dipanggil Vertical Surround Engine, soundbar ini mampu menghasilkan bunyi yang buatkan anda berasa seakan datang daripada atas kepala walaupun soundbar itu berada di depan anda.



Kedua-dua soundbar ini menyokong piawaian bunyi Dolby Atmos dan juga DTS-X. Tapi terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua model ini.

HT-Z9F

Antara kedua-duanya, HT-Z9F adalah yang lebih premium dan hadir dalam konfigurasi 3.1. Ia memiliki jumlah output setinggi 400W dengan aplifier daripada jenis S-Master HX.

Ia dipenuhi ciri-ciri tambahan seperti:

  • Wi-Fi
  • Bluetooth
  • HDMI Input/Output
  • Chromecast

HT-X9000F

HT-X9000F adalah versi bajet kepada HT-Z9F, ia adalah soundbar dengan konfigurasi 2.1 dan memilki jumlah output 300W.

Untuk ciri tambahan, ia hanya ada sambungan Bluetooth dan 1 port HDMI.

Tapi untuk ciri-ciri asas, ia memiliki hampir kesemua yang ada pada soundbar yang lebih premium.

Harga

Kedua-dua soundbar sudah mula dijual di Malaysia. Harganya adalah seperti berikut.

  • HT-Z9F – RM2829.25
  • HT-X9000F – RM2074.53
Tags: dolby atmosdts-Xht-z9000fht-z9fSonySony Malaysiasoundbarspeaker
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
2 Soundbar Kompak Sony Ini Berikan Pengalaman Seakan Berada Dalam Pawagam Di Ruang Tamu

2 Soundbar Kompak Sony Ini Berikan Pengalaman Seakan Berada Dalam Pawagam Di Ruang Tamu

7 June 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN