Tambah nilai RM30 di TuneTalk dan terima sehingga 30GB data

Tambah nilai RM30 je boleh dapat 30GB data? Itulah tawaran yang disediakan TuneTalk untuk bulan Jun ini. Bunyinya memang sangat menarik, tetapi perlu diteliti dahulu syarat dan termanya.

Tawaran topup RM30 dapat 30GB data ini berjalan sepanjang bulan Jun ini, dari 1 hingga 30 Jun 2018. Tetapi ia hanyalah untuk pengguna baru, samada melanggan talian baru ataupun berpindah ke TuneTalk dari Telco lain secara MNP.

Data percuma ini tidak diberikan sekaligus, sebaliknya ia dipecahkan kepada 5GB sebulan. Untuk pengguna yang mendaftar talian TuneTalk baru, mereka boleh menerima 5GB data percuma selama 3 bulan, dengan syarat membuat tambah nilai kredit RM30 dalam bulan Jun. Bermakna, 15GB data percuma yang dipecahkan menjadi 5GB data sebulan.

Untuk pelanggan yang berpindah ke TuneTalk secara MNP untuk mengekalkan nombor lama, anda akan menerima 5GB data percuma selama 6 bulan. Sama seperti tadi, tambah nilai kredit RM30 wajib di buat pada bulan Jun ini.

Seperkara lagi, talian anda haruslah kekal aktif untuk menikmati data percuma 5GB sebulan ini. Dengan tambah nilai RM30 tadi, anda hanya mendapat pengaktifan talian selama 30 hari. Jika mahu memanjangkannya, kami cadangkan anda melanggan 1 year validity TuneTalk yang dicaj RM28 sahaja. Tapi langgan selepas tempoh 30 hari dari tambah nilai RM30 tadi tamat.

TuneTalk juga sedang menjalankan kempen Riang Raya Menang Bergaya, di mana pelbagai hadiah disediakan seperti wang tunai RM1,000, 1 tahun insuran, mata BIG, serta data percuma. Hanya langgan mana-mana pelan data TuneTalk untuk menerima peluang memutar Roda Kaya Raya. Putaran ini akan menentukan hadiah yang diterima.

Dapatkan maklumat lanjut tentang tawaran tadi di laman web Tawaran Topup RM30 dapat 30GB data. Manakala kempen Riang Raya Menang Bergaya boleh dirujuk di sini.