4GB RAM dan 32GB storan Wiko UFeel Prime kini tak sampai RM500

Masih mencari telefon baru untuk Hari Raya? Jika anda mempunyai bajet di bawah RM500, apa kata anda semak promosi dari Wiko Malaysia ini. Telefon pintar Wiko UFeel Prime dengan storan 32GB kini ditawarkan dengan diskaun 50%.

Diskaun 50% Wiko UFeel Prime ini berjalan sehingga 27 Jun 2018, atau sehingga habis 100 unit. Ia ditawarkan menerusi Stor Rasmi Wiko di 11street. Diskaun 50% ini menjadikan harganya hanya RM450, pilihan terbaik jika anda mahu storan lebih luas.

Tetapi Wiko UFeel Prime telah berusia hampir 2 tahun kerana ia dilancarkan di Malaysia pada penghujung tahun 2016. Sebelum itu, cuba kita semak dulu spesifikasinya.

Wiko UFeel Prime menggunakan cip pemproses Snapdragon 430 bersama RAM sebesar 4GB dan storan dalaman 32GB. Ia boleh menerima tambahan kad mikroSD sehingga 64GB dalam slot hibrid.

Skrin UFeel Prime berukuran 5.0-inci dalam nisbah 16:9, tetapi ia memiliki resolusi HD Penuh 1920×1080. Kameranya pula 13MP di belakang dan 8MP di depan, dengan LED Flash terdapat di belakang juga di depan.

Badan besi UFeel Prime memiliki rupa yang premium. Pengimbas capjari turut terdapat padanya yang terletak di bawah skrin depan. Bateri di dalamnya berkapasiti 3,000mAh dan dicas melalui port mikroUSB.

Wiko sering berbangga dengan produk mereka yang menggunakan antaramuka Android hampir asli. Pada masa dilancarkan, UFeel Prime disertakan OS Android 6.0 Marshmallow. Ia telah menerima kemaskini Nougat 7.0 tetapi tidak pasti pula untuk Oreo 8.0.

Untuk harga RM450, kami rasa Wiko UFeel Prime sangat berbaloi jika anda tidak kisahkan skrin 16:9 tetapi mahu RAM dan storan yang lebih besar, serta skrin HD Penuh.

BACA  Pengguna Apple boleh memandu lebih selamat dengan Google Maps dan Waze di Carplay

Kalau mahu, jangan terlambat untuk mendapatkan Wiko UFeel Prime dengan harga RM450 ini. Ia ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja atau sehingga 27 Jun 2018. Dapatkannya di Stor Rasmi Wiko di 11street sekarang.