• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Apple Support cara mudah bantu pengguna Apple di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 4:25 pm
  • 18/06/2018
  • Komen
Apple Support cara mudah bantu pengguna Apple di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Apple memang terkenal dengan sokongan lepas jualannya. Jika anda pernah berurusan menggantikan produk Apple yang masih dalam jaminan, anda akan mengetahui prosesnya amat mudah. Malah mungkin digantikan dengan produk baru tanpa banyak soalan. Kadang-kadang, produk di luar jaminan juga diganti baru.

Untuk memberikan sokongan yang lebih baik kepada pengguna, Apple telah memperkenalkan aplikasi Apple Support, dan kini ia boleh digunakan secara rasmi di Malaysia. Aplikasi ini berfungsi sebagai pusat sehenti untuk bantuan peribadi kepada pengguna.



Apple Support berhubung terus dengan Apple ID pengguna dan ia boleh memeriksa semua peranti iOS di dalam akaun pengguna. Pengguna boleh mempelajari pelbagai tips dan panduan untuk menguruskan storan gambar, mengedit video atau memeriksa langganan iTunes.

Jika pengguna berhadapan masalah dengan peranti, aplikasi ini memiliki senarai soalan yang biasa ditanya (FAQ) yang boleh membantu pengguna. Memandangkan ia berhubung terus dengan Apple ID pengguna, ia boleh memaparkan maklumat yang bersesuaian dengan pengguna dan peranti yang berkaitan.



Untuk bantuan lanjut, pengguna boleh berborak dengan Apple Support menerusi chat, atau meminta mereka membuat panggilan kepada pengguna pada waktu yang bersesuaian. Jika masalah ini tidak boleh diselesaikan secara jarak jauh, aplikasi ini boleh mencari pusat servis berdaftar terdekat dan membuat temujanji pada masa yang dipilih pengguna.

Melalui aplikasi Apple Support ini, pengguna boleh juga memeriksa status waranti dan tarikh tamat jaminan pada semua peranti yang didaftarkan. Muat turunnya secara percuma di Apple Appstore.

Tags: appleapple malaysiaApple Support
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Apple Support cara mudah bantu pengguna Apple di Malaysia

Apple Support cara mudah bantu pengguna Apple di Malaysia

18 June 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER