• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Logitech G304 pilihan bajet untuk tetikus gaming wayarles

  • OLEH Najib
  • 3:34 pm
  • 19/06/2018
  • Komen
Logitech G304 pilihan bajet untuk tetikus gaming wayarles
Share on FacebookShare on Twitter

Logitech mahu kaki gamers mula menggunakan tetikus wayarles dengan melancarkan Logitech G304 LIGHTSPEED. Ia adalah tetikus gaming wayarles berprestasi tinggi pada harga yang tidak terlalu membebankan.

Terdapat dua teknologi utama dalam G304 yang menjadikan ia tetikus gaming wayarles berprestasi tinggi. Pertama adalah LIGHTSPEED di mana ia merupakan teknologi wayarles super pantas dengan kadar laporan serendah 1ms sahaja. Dikatakan lebih pantas dari tetikus berwayar.



Kedua adalah teknologi sensor HERO (High Efficiency Rated Optical). Ia adalah sensor optikal yang sangat efisyen tenaga dengan tahap respon dan ketepatan yang tinggi. Ia memiliki kepersisan setinggi 400 IPS dan sensitiviti sehingga 12,000 DPI.

Kecekapan penggunaan tenaga HERO membolehkan tetikus G304 digunakan sehingga 250 jam secara berterusan dengan hanya 1 bateri AA dalam mod Performance 1ms. Jika ditukar ke mod Endurance 8ms pula, hayat bateri boleh dipanjangkan sehingga 9 bulan.



Logitech mencipta tetikus G304 dengan badan yang tahan lasak, tetapi ringan dan kompak, dengan berat hanya 99 gram. Tetapi ia terdapat di dalam satu warna sahaja iaitu Hitam.

Tetikus gaming wayarles Logitech G304 LIGHTSPEED akan mula dijual di Malaysia bermula Julai 2018, dengan harga RM199 sahaja serta jaminan selama 2 tahun. Satu tanda harga yang agak murah.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Logitech G304 LIGHTSPEED.

Tags: LogitechLogitech G304Logitech G304 MalaysiaLogitech MalaysiaTetikus gaming
Najib

Najib

POPULAR

Logitech G304 pilihan bajet untuk tetikus gaming wayarles

Logitech G304 pilihan bajet untuk tetikus gaming wayarles

19 June 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN