4 Ciri Baru Datally Yang Buatkannya Perlu Dipasang Pada Telefon Anda

Kuota Internet adalah mahal dan jika anda tidak menggunakan pelan telco dengan Internet tanpa had, anda pastinya sangat berkira-kira tentang penggunaan data. Pada November 2017, kami ada laporkan yang Google melancarkan satu APP baru, Datally yang mempunyai objektif untuk membantu anda menjimatkan penggunaan kuota Internet.

Dalam kemas kini terbaru ini, Google mengepilkan sekali empat ciri baru yang amat berguna sekirannya anda ingin memantau penggunaan kuota Internet.

Empat ciri baru itu adalah:

  1. Daily Limit
  2. Bubble Tracker
  3. Unused Apps
  4. Guest Mode

Daily Limit

Fungsi ini membolehkan anda menetapkan had penggunaan untuk sehari. Jika anda sudah mencapai had, sambungan Internet akan segera dipotong untuk mengelakkan terlebih guna.

Bubble Tracker

Semasa menggunakan telefon, satu notifikasi berbentuk bulat akan terapung di paparan anda dan memberitahu berapa banyak kuota yang telah dgunakan APP yang sedang aktif.

Unused APP

Datally juga memantau penggunaan data oleh APP yang tidak aktif. Sering kali kita berdepan dengan masalah kuota surut walaupun anda tidak menggunakan telefon. Dengan pemantauan Datally, APP “pencuri data” tidak akan terlepas.

Guest Mode

Jika ibu bapa boleh mengehadkan tempoh penggunaan peranti oleh anak, mereka turut boleh megehadkan berapa banyak kuota yang digunakan oleh sesiapa saja yang menggunakan telefon mereka. Apabila Guest Mode diaktifkan, Internet akan terpotong apabila penggunaan kuota mencapai had yang ditetapkan.

Lebih menarik, anda boleh menetapkan password sekiranya ingin mematikan Guest Mode.

Muat turun Datally di Android jika anda berminat untuk mencubanya.

BACA  Kamera iPhone XS, melawan iPhone X, Galaxy Note9 dan P20 Pro