• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon misteri honor peserta terbaru pasaran telefon bajet

  • OLEH Najib
  • 8:25 pm
  • 22/06/2018
  • Komen
Telefon misteri honor peserta terbaru pasaran telefon bajet
Share on FacebookShare on Twitter

honor telah membanjiri pasaran telefon pintar mampu milik di Malaysia dengan pelbagai model seperti honor 7X (RM829), honor 9 Lite (RM659), dan terbaru honor 7A (RM479). Nampaknya honor tidak berhenti setakat itu kerana minggu hadapan, mereka mahu melancarkan satu lagi model baru.

Telefon pintar tersebut adalah honor 7S. Ia dinyatakan akan diperkenalkan pada hari Rabu depan, 27 Jun 2018 pada jam 9 pagi. Belum ada sebarang pengumuman rasmi lagi, tapi kelihatan beberapa tawaran telah ditayangkan.



Di stor online Vmall.my, ia menawarkan hadiah berupa honor 8 jika pengunjung mendaftar minat mereka. Dari terma dan syarat, ia menyatakan pendaftar ke-177 akan menerima hadiah honor 8.

Selain itu, Vmall.my turut menyatakan 500 pembeli terawal honor 7S akan menerima hadiah misteri dari mereka. Tidak pula dinyatakan apakah hadiahnya, kena tunggu 27 Jun katanya.



Nak tahu apa yang lebih menarik? Harga honor 7S mungkin di bawah RM500. Ia telah dilancarkan di Pakistan, dengan harga PKR 14,499 (~RM477). Adakah ia mahu menandingi honor 7A yang baru dilancarkan awal bulan ini dengan harga jualan RM479?

Jom kita semak spesifikasinya dahulu. honor 7S memiliki skrin FullView 5.45-inci dengan resolusi HD+ 1440×720 dalam nisbah 18:9. Ia menggunakan CPU Mediatek MT6739 4-teras 1.5GHz, 2GB RAM dan 16GB storan dalaman. Ia memiliki tiga slot kad yang boleh memuatkan dua kad sim dan kad mikrosd serentak.

Kamera belakangnya berlensa tunggal 13MP dan kamera hadapan 5MP dilengkapi LED Flash. Bateri pula 3,020mAh dan ia menjalankan sistem operasi EMUI 8.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.

https://www.youtube.com/watch?v=N_sgN0oVnEA

Jika diperhatikan, honor 7A memiliki spesifikasi lebih baik dengan CPU Snapdragon 430, kamera belakang 13MP dan kamera depan 8MP, serta skrin FullView lebih besar 5.7-inci HD+. Adakah honor 7S akan dijual lebih murah dari RM479?

Kita nantikan pengumuman honor Malaysia pada hari rabu depan. Sementara tu, boleh dapatkan lebih info di laman produk honor 7S. Jangan lupa daftar minat di Vmall.my, mana tau boleh menang honor 8.

Tags: honorhonor 7Shonor 7S Malaysiahonor malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Telefon misteri honor peserta terbaru pasaran telefon bajet

Telefon misteri honor peserta terbaru pasaran telefon bajet

22 June 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN