Super honor day perkenal dua telefon baru di samping diskaun 30%

Platform e-dagang Shopee bersama honor Malaysia hari ini mengumumkan Super Honor Day, yang menawarkan promosi hebat pada 8 Jun 2018.

Dua telefon pintar baru turut membuat kemunculan kali pertama pada Super Honor Day kelak, iaitu honor 7A dan honor 10 berwarna Phantom Green.

Honor 7A adalah telefon kelas permulaan terbaru dari honor. Ia menampilkan skrin 18:9 berukuran 5.7-inci HD+.

Ia dikuasakan cip Snapdragon 430, dan datang dalam 2 versi, 2GB RAM bersama 16GB storan dan 3GB RAM bersama 32GB storan. Dua kad sim dan satu kad mikro SD boleh digunakan serentak kerana ia memiliki tiga slot kad.

Pengimbas capjari terdapat di belakang dan ia juga menyokong pengecaman wajah. Satu lagi kelebihannya ialah speaker yang lebih lantang dari yang lain.

Telefon ini dilengkapi kamera 13MP di belakang dan 8MP di depan. Bateri di dalamnya pula sebesar 3,000mah.

Honor 7A telah ditetapkan harganya pada RM479 untuk versi 2GB+16GB, dan RM569 untuk versi 3GB+32GB. Tetapi khas pada 8 Jun nanti, versi 2GB+16GB boleh dibeli pada harga RM429 sahaja.

Satu lagi telefon yang baru membuat kemunculan adalah honor 10 Phantom Green. Warna yang berubah dari hijau ke biru ke ungu, membuatkan ia menjadi daya tarikan.

Honor 10 Phantom Green akan membuat kemunculan sulung pada 8 Jun kelak, dengan harga yang kekal sama iaitu RM1,599. Malah, pembelian pada Super Honor Day turut menerima hadiah bernilai RM298.

Selain dua telefon ini, Shopee juga akan memberikan diskaun sehingga 30% untuk model honor yang lain pada 8 Jun ini. Pembelian pada Super Honor Day nanti juga dijamin akan tiba sebelum Hari Raya.

BACA  MyDigi Rewards Diperkemas Untuk Beri Lebih Banyak Ganjaran Pada Lebih 1.7 Juta Pelanggannya