[Reviu] ZenFone Max Pro M1, Mesin Sempurna Untuk Gamers Kasual Seperti Anda

Pendahuluan

Kita ada pencabar baru yang mengintai takhta raja kelas pertengahan kini hadir daripada ketuhar ASUS. Benar, saya merujuk pada ASUS ZenFone Max Pro M1 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia tahun ini.

Selama ini, Xiaomi adalah antara nama yang mendominasi segmen telefon bajet selain pengeluar lain yang kadang kala menyusup senyap-senyap dalam kalangan.

Ketika mencari telefon bajet, saya perhatikan terdapat tiga pemberat utama yang ditimbang tara pengguna ketika membeli telefon kelas ini, mereka adalah:

  • Harga
  • Spesifikasi
  • Ketahanan Bateri

Amat sukar untuk mencari sebuah telefon yang memenuhi semua kriteria ini. Antara calon-calon yang bersaing rapat dengan ZenFone Max Pro M1 adalah seperti Xiaomi Redmi Note 5 dan Huawei Nova 2 Lite.

Tapi kehadiran ZenFone Max Pro M1 saya rasakan bukan saja memeriah segmen mid-range, tapi ia mengubah stigma yang menyelubungi siri ZenFone sejak sekian lama. Antara keluhan pengguna terhadap produk telefon ASUS selama ini adalah:

  • Sarat bloatware
  • Harga tak munasabah
  • Sokongan kemas kini yang lemah

Mengapa saya mengatakan ZenFone Max Pro M1 adalah penyelamat ASUS? Teruskan membaca

Rekaan & Spesifikasi

Sejurus memegang telefon ini, anda pasti mudahnya mengaitkan parasnya mirip Redmi Note 5. Untuk itu, saya setuju dengan anda lebih-lebih lagi pada bahagian depan.

Pada bahagian mukanya, anda boleh menemui panel LCD IPS sebesar 5.99″ dengan resolusi HD Penuh (18:9).

Bingkai terutamanya pada dahi dan dagunya agak besar tetapi simetri keluasannya. Saya tak rasakan ia adalah kekurangan kerana semasa memegangnya secara melintang, ruang ini mengelakkan ibu jari saya terlalu dibengkokkan untuk menekan butang di atas skrin.

Bahagian belakang agak minimalistik. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian tengah, di atas cap ASUS manakala komponen dwikamera terletak pada bahagian atas kiri bersama-sama sebuah flash.

Butang-butang utama disusun pada bahagian kiri dan pada bahagian bawah anda boleh menemui jeriji speaker bersama-sama mikro-USB. Agak malang ia hanya memiliki mikro-USB.

BACA  Benar telahan kami, jualan kilat ASUS Zenfone 5z diteruskan... Lebih Murah

Secara keseluruhan, rekaan ZenFone Max Pro M1 adalah generik dan tiada yang wow. Tapi jangan biarkan rupa mengaburi pertimbangan kerana disebalik badannya terdapat komponen-komponen yang elok.

Spesifikasi ASUS ZenFone Max Pro M1

Paparan5.99"
HD+ Penuh
PemprosesSnapdragon 636
RAM3GB
4GB
6GB
Storan32GB
64GB
Sistem OperasiAndroid 8 Oreo
Kamera belakang13MP+5MP
16MP+5MP
Kemera depan8MP
16MP
Bateri5,000mAh