fbpx

[Reviu] ZenFone Max Pro M1, Mesin Sempurna Untuk Gamers Kasual Seperti Anda

Pengalaman Guna: Limitless Gaming

Dilancarkan dengan moto “Limitless Gaming”, saya tanpa berlengah lagi terus memasang beberapa permainan ruji hari ini seperti

  • Free Fire
  • PlayerUnknowns’ Battle Ground (PUBG) Mobile
  • Mobile Legends: Bang Bang

Seperti yang digembar-gemburkan, gaming menggunakan ASUS ZenFone Max Pro M1 amat memuaskan. Semuanya beroperasi dengan lancar walaupun tetapan tertinggi digunakan.

Paling mengagumkan adalah pada ketahanan bateri yang dipamerkannya. Dengan sekali bateri penuh, saya bermain Mobile Legends hampir 5 jam, PUBGm melebihi sejam dan pada masa yang sama, saya menggunakan Discord untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan.

Daripada segi Screen-on-Time (SoT), saya beroleh hampir 7 jam 25 minit. Amat menjerihkan hanya untuk susutkan bateri 5,000mAh telefon ini.

Prestasi bateri telefon ini adalah sesuatu yang cemerlang. Bukan mudah untuk mencari sebuah telefon berbateri besar yang mampu mendukung bebanan gaming seperti ini. Redmi Note 5 belum tentu mampu menandinginya dengan bateri 1,000mAh lebih kecil. Berikut adalah graf untuk tempoh mengguna ZenFone Max Pro M1 daripada satu bateri penuh.

 

Setelah menyurutkan bateri telefon ini, tibalah masa untuk mengecasnya. Saya ingin melaporkan yang ASUS hanya membekalkan anda dengan pengecas 10W untuk mengisi bateri superbesar telefon ini. Ditambah pula dengan ketiadaan pengecasan pantas, isian semula bateri telefon ini saya dapati agak lama. Hasil mengecas telefon ini menggunakan pengecas yang dibekalkan adalah:

  • Mengecas penuh mengambil masa hampir 2 jam 50 minit
  • Mengisi 50% daripada bateri hampir sifar mengambil masa  sekitar 50 minit
  • Mengecas selama 30 minit daripada bateri hampir sifar mengisi sekitar 35 minit

 

Saya juga berminat untuk menyentuh bahagian sistem operasi yang dijalankannya kerana ini adalah kali pertama ASUS tidak menyuntik antara muka ZenUI sebaliknya menggunakan antara muka asli Android pada ASUS ZenFone Max Pro M1. Langkah ini menerima pujian ramai pengguna kerana ia lebih mudah untuk dibiasakan pengguna terutamanya yang baru menyertai ekosistem telefon ASUS.

BACA  Google Sheet Boleh Bantu Berkomunikasi Bila Anda Melancong Keluar

Hampir minimum APP hasilan ASUS dipasang pada telefon ini. Yang ada cumalah beberapa APP seperti kamera, perakam audio, kalkulator dan FM radio.

Satu kekurangan yang ingin saya utarakan pada telefon ini adalah ketiadaan IEEE 802.11ac ataupun bahasa pasarnya Wi-Fi 5Ghz. Ia agak dirasai sekiranya ramai pengguna berada dalam spektrum 2.4Ghz. Salah satu kelebihan 5Ghz adalah keluasan jalur (bandwidth) yang luas dan mampu mengalirkan data lebih besar.

Jika anda berminat dengan penanda aras sintetik, ini adalah hasilnya:

Antutu Benchmark

Geekbench

Contents