fbpx

[Reviu] ZenFone Max Pro M1, Mesin Sempurna Untuk Gamers Kasual Seperti Anda

Kamera & Kesimpulan

ASUS membangunkan telefon ini bukanlah untuk kameranya. Oleh sebab itu, anda bakal mendapati yang kamera pada telefon ini tidaklah mampu dibanggakan. Walau bagaimanapun, untuk memenuhi keperluan asas, ia lebih daripada cukup.

APP kamera dilancarkan dengan pantas dan anda terus dihidangkan dengan antara muka UI yang kemas dan minimalistik.  Beberapa mode kamera asas turut disediakan untuk memudahkan anda mengambil gambar. Sungguhpu begitu, tiada fungsi Manual walaupun sekelumit yang menjadikan pengalaman kamera pada telefon ini kurang baik.

Dalam mode video, ia boleh menyokong sehingga resolusi 4K dan tiada fungsi ambil gambar slow-mo padanya.

Satu kekurangan telefon ini berbanding pesaing Redmi Note 5-nya adalah ia tidak dilengkapi sistem autofokus dual piksel. Jika anda belum berpelluang mencuba sistem autofokus Redmi Note 5, ia menggunakan teknologi yang sama seperti yang ada pada Samsung Galaxy S9 dan ia sangat pantas membidik fokus.

Pada kamera ini, ia hanya dilengkapi sistem pengesanan fasa (phase detection) dan anda boleh jangkakan prestasi yang agak perlahan.

Ini adalah hasil gambar yang boleh anda perolehi hasil lensa ZenFone Max Pro M1;

Dalam pencahayaan yang cukup, ia adalah sebuah kamera yang baik

Ia berjaya kekalkan butiran pada awan menunjukkan dynamic range yang baik

Tapi dalam pencahayaan terhad, sistem pemfokusan menghadapi masalah

Warna pula agak mendatar

Menjelang malam, sistem terpaksa mengepam ISO ke tahap tertinggi lalu menghasilkan hingar

Lebih parah apabila malam menjelma

Kekaburan adalah perkara biasa dalam keadaan malap

Kesimpulan

ASUS ZenFone Max Pro M1 menjadi batu penanda bahawa mereka mendengari suara peminatnya sehingga sanggup meninggalkan ZenUI yang digunakan sejak sekian lama. Telefon ini juga menjadi menifestasi yang ASUS turut mampu bersaing bukan saja dalam arena kualiti tetapi daripada segi harga.

BACA  Google Sheet Boleh Bantu Berkomunikasi Bila Anda Melancong Keluar

Dengan harga bermula RM699, “berbaloi” adalah ungkapan yang wajar diberikan sejurus mengamati helaian spesifikasi. Terdapat beberapa konfigurasi ZenFone Max Pro M1 yang boleh didapati dalam pasaran Malaysia, mereka adalah:

  • RAM 3GB + storan 32GB – RM699
  • RAM 4GB + storan 32GB – RM799
  • RAM 4GB + storan 64GB – RM999

Terdapat juga varian RAM 6GB + storan 64GB tetapi ia akan diumumkan kemudian. Kelebihan varian 6GB selain amaun RAM-nya adalah pada kamera depan 16MP berbanding kamera 8MP pada varian lain.

Selain gamers, saya juga menyarankan telefon ini untuk golongan vateran. Kalau anda ada ibu bapa yang memerlukan sebuah telefon berskrin besar tetapi tak berasa rajin untuk selalu mengecasnya, telefon ini amat sesuai untuk mereka.

Contents