Nikon Experience Hub syurga buat peminat kamera

Peminat kamera Nikon kini boleh mendapatkan servis semua dalam satu lebih mudah dengan pelancaran Nikon Experience Hub (Hab Pengalaman Nikon) pertama di Malaysia. Ia adalah pusat sehenti yang menyediakan semua yang anda perlukan di kamera Nikon.

Pusat sehenti seluas 295 kaki persegi ini menyediakan ruang kreativiti untuk jurugambar, juruvideo mahupun peminat kamera. Ia bermula dengan tempat menjual pelbagai kamera dan aksesori Nikon, dan turut menyediakan zon pengalaman di mana pengunjung boleh mencuba sendiri pelbagai fungsi kamera Nikon.

Selepas mencuba, pengunjung boleh bertemu wakil jualan untuk mendapatkan konsultasi bagi pilihan kamera Nikon yang terbaik untuk memenuhi keperluan yang diinginkan. Untuk yang sudah membeli kamera dan aksesori Nikon, pusat ini turut menyediakan servis selepas jualan dan perkhidmatan membaikpulih.

Bagi memberi inspirasi, Nikon menyediakan sudut galeri di mana ia memaparkan gambar-gambar yang ditangkap oleh pelbagai jurugambar profesional serta peminat Nikon. Orang ramai boleh meneliti bagaimana kamera Nikon membantu mereka untuk mendapatkan hasil gambar yang mereka mahukan.

Untuk membantu pengguna Nikon menguasai fungsi kamera mereka sepenuhnya, pusat sehenti ini memiliki ruang latihan dan pembelajaran yang dinamakan Nikon School. Pelbagai latihan dan bengkel diadakan dari semasa ke semasa, orang ramai boleh menyemak jadual dengan mengunjungi pusat ini atau di Facebook Nikon Malaysia.

Nikon Experience Hub ini dibuka setiap hari, 7 hari seminggu. Ia terletak di bangunan Federal Arcade, bersebelahan Plaza Lowyat yang terletak di Bukit Bintang.

Pusat ini diuruskan dengan kerjasama Nikon Malaysia dan Futuromic AV Sdn Bhd. Ia adalah kesinambungan sejak dari pembukaan Nikon Centre di Berjaya Times Square sejak tahun 2009.

BACA  Facebook Disaman Atas Ketakjujuran Dalam Pelaporan Statistik