Tak Perlu Bersesak Lagi Kerana Beli-Belah Online IKEA Kini Satu Kenyataan

IKEA adalah syurga penghias rumah serta pencinta bebola daging.

Tapi berkunjung ke premis itu amatlah merenyahkan kerana lautan manusia membanjiri IKEA hari ke hari untuk beli belah perabot serta menjamu selera di kafenya. Tapi jika anda hanya ingin mendapatkan perabot, anda boleh melakukan secara dalam talian sekarang.

Benar, fungsi pembelian barangan IKEA secara online kini ditawarkan di laman rasmi mereka dan ia pastinya memberi beberapa manfaat. Antaranya adalah:

  • Terdapat servis penghantaran ke seluruh Malaysia pada harga yang berpatutan
  • Tidak perlu beratur panjang untuk membayar ataupun mencari tempat letak kereta
  • IKEA turut menyediakan servis pemasangan

Barang kecil boleh dikurier pada harga serendah RM40

Servis penghantaran pada harga serendah RM98

Terdapat dua servis penghantaran diwarkan untuk Semenanjung Malaysia, sama ada anda menggunakan kourier ataupun trak IKEA menghantar ke rumah anda sendiri.

Menggunakan kurier, anda akan dikenakan bayaran seperti berikut:

  • Kurier – RM40
  • Trak bermula – RM98

Pelanggan Malaysia Timur menikmati saluran penghantara ketiga disamping dua yang ditawarkan seperti di Semenanjung. Mereka boleh memungut pembelian di gudang yang telah ditauliahkan IKEA. Tiga lokasi gudang itu adalah:

  • Hexagon High Transport, 922, Jalan Demak Laut 3, Kuching, Sarawak
  • Sino Eastern, Lot 1754, Jalan Bypass Eastwood Valley, East Wood Industrial Estate, Miri, Sarawak
  • Fei Yang Logistics, Lot 71, 51/2 miles, Jalan Kilang, Sedoc Industrial Estate, Kollombong, Inanam, 88450, Sabah

Harga yang dikenakan untuk setiap satu saluran adalah seperti berikut:

  • Kurier – RM100
  • Trak – bermula RM675
  • Pesan & Pungut di Gudang – RM575

Untuk anda yang ingin membeli hanya sekadar sudip ataupun pinggan mangkuk, ia seperti tidak berbaloi. Namun untuk yang sakan beli belahnya, ia adalah pilihan yang amat berbaloi kerana pesanan akan tiba di muka pintu.

Lekas ke laman rasmi IKEA dan mula beli belah!

Layari laman FAQ IKEA untuk butiran tentang pembelian dalam talian.