Ini alasan untuk anda tambah nilai unifi mobile yang ada kredit takkan mati

Anda ada kad sim unifi mobile dengan kredit tak mati, bayar bila-bila dan bebas selamanya? Kejap, pernahkah anda membayar untuk menggunakan unifi mobile yang ada 20GB data LTE percuma, atau 10GB data LTE percuma jika baru mendaftar?

Mungkin anda menggunakan sim unifi mobile tanpa membuat sebarang tambah nilai sejak hari pertama mengaktifkannya, kerana data percuma yang banyak dan kreditnya tak mati mati. Bebas selamanya.

Tapi pengumuman baru TM ini pasti membuatkan anda teringin untuk menambah nilai kredit sekaligus melanggan data baru untuk kad sim unifi mobile anda. Bermula hari ini, 27 Jun hingga 25 September 2018, Telekom Malaysia (TM) mengadakan peraduan ‘Do More, win More‘ (Buat Lebih, Menang Lebih).

Peraduan ini terbahagi kepada dua jenis: mingguan dan bulanan. Untuk melayakkan pengguna menyertai peraduan ini, mereka perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 200 mata dalam masa seminggu, atau 600 mata dalam sebulan.

Bagaimana pula untuk mendapatkan mata ini? Mudah sahaja. Tambah nilai kredit unifi mobile anda, atau langgan mana-mana pelan. 5 mata akan diterima bagi setiap RM tambah nilai kredit, dan 10 mata untuk setiap RM bila mendaftar pelan. Jadual mata yang diterima adalah seperti di bawah:

KategoriJenisMata
Tambah Nilai KreditRM1050
RM30150
RM50250
RM100500
Add-onsBEBAS 2hours (RM3)30
BEBAS Daily (RM5)50
BEBAS Weekly (RM20)200
1GB Basic Data (RM13)130
2GB High Speed (RM15)150
4GB High Speed (RM30)300
8GB High Speed (RM50)500

Hadiah yang disediakan dalam peraduan ini agak lumayan juga. Bagi hadiah bulanan, sebuah kereta Honda Jazz, sebuah Perodua Myvi dan sebuah Vespa S125 i-get disediakan setiap bulan untuk bulan Julai, Ogos dan September.

BACA  A.S Hasut Kanada Untuk Tak Guna Barangan China Dalam Inisiatif 5G

Untuk hadiah mingguan pula, minggu pertama menyediakan 10 unit telefon pintar Samsung Galaxy S9. Hadiah minggu berikutnya akan diumumkan kemudian.

Mudah kan? Kalau begitu, mulahlah tambah nilai kredit unifi mobile anda dan mula melanggan pelan. Jangan lupa, kredit ini tak akan mati dan ada bebas menggunakannya bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat tentang pertandingan ini, layari laman web unifi mobile Do More Win More.

Belum ada kad sim unifi mobile? Segera dapatkannya secara percuma yang datang bersama 10GB data LTE juga percuma, sebelum tarikh akhir promosi 30 Jun 2018. Muat turun aplikasi unifi mobile di Apple Appstore atau Google Playstore dan mula mendaftar sekarang.