• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kaspersky Lab berpindah ke Switzerland bukti ketelusan dan integriti

  • OLEH Najib
  • 5:43 pm
  • 29/06/2018
  • Komen
Kaspersky Lab berpindah ke Switzerland bukti ketelusan dan integriti
Share on FacebookShare on Twitter

Kaspersky Lab adalah satu jenama keselamatan siber yang terkenal di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka telah terperangkap dalam perang politik antara Amerika Syarikat dan Rusia. Pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Presiden Trump sendiri, antaranya mengatakan Kaspersky menyalurkan data sensitif Amerika Syarikat kepada kerajaan Rusia.

Bagi membuktikan Kaspersky Lab bebas dari dipengaruhi mana-mana pihak, mereka telah melancarkan Inisiatif Transparensi Global bagi memastikan aspek ketelusan dan integriti sepenuhnya. Langkah awal inisiatif ini adalah dengan memindahkan sejumlah proses utamanya dari Rusia ke Switzerland.



Storan data pelanggan dan pemprosesan bagi kebanyakan rantau, pemasangan perisian serta kemas kini pengesanan ancaman akan diselia oleh pihak ketiga bebas yang berpangkalan di Switzerland. Rasa percaya amat penting dalam dunia keselamatan siber dan Kaspersky Lab faham bahawa ia tidak diberi begitu sahaja. Sebaliknya kepercayaan mestilah dicapai menerusi ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Menjelang akhir tahun 2018, produk-produk dan pangkalan data pengesanan ancaman (pangkalan data AV) akan mula dipasang dan ditandatangani dengan tandatangan digital di Switzerland, sebelum diedarkan kepada pelanggan di seluruh dunia. Pemindahan ini akan memastikan semua perisian yang baru dipasang boleh disahkan oleh satu badan bebas.



Kaspersky Lab akan membuka sumber kod semua produk dan kemaskini perisian mereka untuk tujuan penilaian oleh pihak yang bertanggungjawab dalam satu Pusat Transparensi khas di Switzerland. Ia untuk memastikan bahawa setiap generasi produk Kaspersky Lab dibina dan digunakan untuk satu tujuan sahaja, iaitu melindungi pelanggan daripada ancaman siber.

Kaspersky Lab juga menyokong penuh penubuhan organisasi baru yang tidak berasaskan kepada keuntungan, bagi menjalankan penilaian teknikal sebarang perisian secara bebas oleh pihak ketiga yang bertauliah. Ini kerana aspek ketelusan dan kebolehpercayaan menjadi syarat universal dalam industri keselamatan siber. Ia bukan sahaja membantu Kaspersky Lab mendapat kepercayaan umum, malah buat syarikat dan rakan ahli yang ingin turut serta.

Dengan langkah Inisiatif Transparensi Global ini, Kaspersky Lab berharap ia dapat mengukuhkan kedudukan mereka dari sebarang risiko ketidakpercayaan walaupun bersifat teoritikal, seterusnya meningkatkan ketelusan kepada pelanggan akan datang dan masyarakat umum.

Naib Presiden Perhubungan Awam dan Ketua Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Kaspersky Lab, Anton Shingarev berkata, “Dunia siber kini berdepan zaman sukar dengan kebangkitan puak-puak pemisah dan polisi perlindungan. Disebabkan oleh tindakan-tindakan ini, malangnya pihak yang mendapat manfaat hanya penjenayah siber. Kami percaya bahawa kami perlu menangani realiti ini. Sebab itulah kami mengumumkan Inisiatif Transparensi Global”.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang prinsip transparensi Kaspersky serta Inisiatif Transparensi Global mereka, layari laman web: www.kaspersky.com/about/transparency

Tags: KasperskyKaspersky LabKaspersky Lab MalaysiaKaspersky Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Kaspersky Lab berpindah ke Switzerland bukti ketelusan dan integriti

Kaspersky Lab berpindah ke Switzerland bukti ketelusan dan integriti

29 Jun 2018
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER