Apple Map Bakal Diroboh Dan Dibangun Semula

Apple Map dilancarkan semasa iOS 6 iaitu dalam tahun 2012. Ramai menganggapnya sebagai tindakan tergopoh-gapah Apple semata-mata untuk bersaing dengan Google Map. Hasilnya terdapat pelbagai masalah.

Contoh masalah Apple Maps sewaktu dilancarkan

Bukan saja daripada segi estetik, tapi algoritma navigasi turut mencadangkan laluan yang mustahil untuk dituruti. Semasa diperkenalkan, Apple Map mengambil data daripada beberapa sumber luar seperti TomTom yang memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pemetaan.

Untuk terus maju, Apple dilaporkan akan membangunkan semula Apple Map daripada mula. Mereka turut berhenti daripada menggunakan data sumber luar sebaliknya menggunakan sumber sendiri untuk pertama kalinya.

Kenderaan pemetaan Apple dilapor mula merayau-rayau

Ia bermakna Apple akan menggunakan pendekatan yang sama seperti Google iaitu menambat kamera pada kenderaan dan keluar memungut data.

Buat masa ini, kawasan yang sedang dipetakan adalah San Francisco dan kawasan sekitarnya. Pengguna boleh menikmati Apple Map yang baru seawalnya dalam iOS 12.

[Sumber: TechCrunch]

BACA  iPhone XR ibarat sebuah telefon pintar gaming kelas bajet