• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung sedia bagi 10% diskaun untuk beli Galaxy S10 tahun depan

  • OLEH Najib
  • 4:46 pm
  • 02/07/2018
  • Komen
Samsung sedia bagi 10% diskaun untuk beli Galaxy S10 tahun depan
Share on FacebookShare on Twitter

Berminat tak nak dapatkan diskaun 10% membeli telefon pintar Galaxy S10 tahun depan, atau apa-apa telefon pintar Galaxy S yang dilancarkan tahun depan? Samsung Malaysia ada menawarkan diskaun tersebut dengan beberapa syarat.

Samsung Malaysia kini melancarkan Program Naiktaraf Tahunan (Yearly Upgrade Program – YUP) untuk masa terhad. Dari 2 Julai hingga 2 September 2018, orang ramai boleh menyertai program ini dengan mengikuti langkah di bawah:



  1. Beli telefon pintar Samsung Galaxy S9 atau S9+ dalam tempoh promosi di stor Samsung yang mengambil bahagian.
  2. Bayar tambahan RM100 untuk menyertai YUP dan terima secara percuma, perlindungan skrin bernilai RM140. Diskaun 10% ini boleh digunakan dalam tempoh selepas bulan ke-13 hingga 15 dari tarikh pembelian Galaxy S9/S9+.
  3. Aktifkan akaun Samsung Members di dalam peranti, pergi ke bahagian Benefits, pilih YUP Campaign dan daftar. Ia perlu dilakukan terus di dalam stor dibantu oleh wakil jualan semasa pembelian.
  4. Selepas selesai, pembeli akan menerima 2 sijil elektronik: Perlindungan Skrin & YUP.
  5. Pembeli akan dihubungi wakil Samsung antara bulan 13-15 selepas pembelian Galaxy S9/S9+ dibuat, menawarkan telefon pintar Galaxy S yang baru dengan diskaun 10%.

Selain program di atas, Samsung Malaysia juga menawarkan pengecualian bayaran 1 bulan bagi yang membeli Galaxy S9/S9+ secara ansuran 12 bulan. Maklumat lanjut serta terma dan syarat tentang tawaran YUP dan pengecualian 1 bulan ini boleh dirujuk di laman web Yearly Upgrade Program Samsung Malaysia.

Kalau dikira-kira balik, jika membeli Galaxy S9/S9+ sekarang, bermakna anda boleh membeli Galaxy S10 (rasanya inilah namanya) dengan diskaun 10% pada bulan Ogos hingga Oktober 2019. Biasanya Galaxy S akan dilancarkan sekitar bulan Mac, jadi anda boleh membelinya selepas 6 bulan dilancarkan. Berbaloi ke?



Tags: Diskaun Galaxy S10Galaxy S10samsungsamsung malaysiaSamsung Yearly Upgrade Program
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Samsung sedia bagi 10% diskaun untuk beli Galaxy S10 tahun depan

Samsung sedia bagi 10% diskaun untuk beli Galaxy S10 tahun depan

2 Julai 2018
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER