• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Spotify Lite tiba di Playstore tanpa satu fungsi utama

  • OLEH Najib
  • 12:40 pm
  • 02/07/2018
  • Komen
Spotify Lite tiba di Playstore tanpa satu fungsi utama
Share on FacebookShare on Twitter

Menyertai kumpulan aplikasi yang ringan saiz dan kurang memakan ruang storan adalah Spotify Lite. Aplikasi penstriman muzik terbesar dunia ini mengikut jejak langkah aplikasi ringan seperti Youtube Go, Facebook Lite dan Instagram Lite.

Antara fungsi utama aplikasi Lite sebegini adalah menjimatkan ruang, lancar digunakan di peranti berkuasa rendah serta kurang menggunakan data internet. Selain saiz yang kecil, kebolehan memuat turun lagu untuk didengari di luar sambungan internet adalah penting. Tetapi ini tidak terdapat pada Spotify Lite dan ia memerlukan sambungan internet sepanjang masa untuk mendengar lagu. Walaupun anda pengguna Premium.



Tetapi ia pasti memenuhi tuntutan lain yang diperlukan pengguna Lite. Antaranya, pengguna tidak boleh memilih lagu, sebaliknya hanya boleh memilih senarai lagu atau playlist. Ia juga memiliki tetapan menyemak penggunaan data dan menyekat jika terlebih penggunaan.

Aplikasi ringan ini juga tidak memiliki Spotify Connect, di mana ia membolehkan pengguna memainkan lagu Spotify di peranti lain di dalam lingkunan WiFi yang sama.



Saiz muat turun Spotify Lite di Google Playstore hanyalah 5MB, berbanding hampir 40MB untuk aplikasi biasa. Bagaimanapun, Spotify Lite masih dalam peringkat ujian, jadi ia hanya boleh dipasang di beberapa negara terpilih, tidak termasuk Malaysia lagi buat masa ini.

Spotify Lite ini juga masih di tahap Beta, jadi masih ada kemungkinan fungsi yang tidak terdapat sekarang akan ditambah dalam versi akhirnya. Tetapi dengan saiz muat turun yang masih kecil.

Jika anda pengguna platform strim muzik lain seperti Joox, Deezer dan lain-lain, cukup tak fungsi yang terdapat di Spotify Lite ini untuk anda beralih kepadanya?

Kalau nak cuba, anda boleh muat turun Spotify Lite di Google Playstore. Jika masih tidak dapat dipasang, cuba-cubalah buat carian APK. Masalah tanggung sendiri ya.

[Sumber: Android Authority]

Tags: SpotifySpotify Lite
Najib

Najib

POPULAR

Spotify Lite tiba di Playstore tanpa satu fungsi utama

Spotify Lite tiba di Playstore tanpa satu fungsi utama

2 July 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN