• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan baru TM unifi akan lebih murah dan pantas untuk semua

  • OLEH Najib
  • 3:07 pm
  • 03/07/2018
  • Komen
Pelan baru TM unifi akan lebih murah dan pantas untuk semua
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan pelan jalur lebar baru yang lebih mampu milik dengan kelajuan lebih pantas. Ia sebagai langkah awal menyahut seruan kerajaan, seperti yang dinyatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh.

Pelan asas unifi akan menjanjikan kelajuan 30Mbps pada harga di bawah RM100, 40% lebih murah dari sedia ada. Ia disasarkan kepada kelompok berpendapatan rendah B40. Pelan ini akan dibuka tempahan bermula 15 Julai 2018 dan boleh disemak di laman web www.unifi.com.my.



Bagi kelompok berpendapatan sederhana dan tinggi, TM memperkenalkan pelan unifi ‘turbo’. Ia akan memberikan kelajuan lebih pantas buat pengguna sedia ada secara percuma. Naik taraf akan dibuat secara berperingkat bermula 15 Ogos 2018.

Untuk pelanggan baru unifi turbo yang mendaftar sebelum 31 Disember 2018, mereka akan menikmati naik taraf ini secara berperingkat pada tahun 2019.



Bagi pengguna pra-unifi atau Streamyx, naik taraf akan diberikan juga secara berperingkat, jika kawasan mereka di dalam liputan unifi. Kelayakan ini boleh disemak bermula 15 Julai 2018 di laman web www.unifi.com.my.

Akhir sekali, TM turut mengumumkan akan melancarkan semula pelan pasca bayar mudah alih tanpa had, seperti yang ditawarkan webe sebelum ini. Tetapi tawaran ini eksklusif untuk pengguna Unifi sahaja. Ia boleh dilanggan bermula 15 Julai 2018.

Maklumat lanjut tentang semua pelan baru ini akan diperincikan dalam satu majlis pelancaran pada 12 Julai nanti.

Ini adalah langkah kedua Pelan Peningkatan Jalurlebar (BIP) dilakukan TM, pertama kali diumumkan pada Oktober 2016. Pelan pertama ini dilaksanakan sepanjang tahun 2017 dan dinikmati hampir 1 juta pengguna jalur lebar, termasuk lebih 300,000 pengguna Streamyx.

Dengan pelan peningkatan ini, ia akan meletakkan jalurlebar Malaysia ke tahap lebih tinggi. TM yakin harga pelan dan kelajuan yang ditawarkan mengatasi Thailand dan hampir setanding dengan Singapura.

Tags: Telekom MalaysiaTMUnifiunifi turbo
Najib

Najib

POPULAR

Pelan baru TM unifi akan lebih murah dan pantas untuk semua

Pelan baru TM unifi akan lebih murah dan pantas untuk semua

3 July 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN