• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fon kepala baru Sony bantu peminat kecergasan bersenam seorang diri

  • OLEH Najib
  • 1:17 pm
  • 04/07/2018
  • Komen
Fon kepala baru Sony bantu peminat kecergasan bersenam seorang diri
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat aktiviti kecergasan dan sukan yang mahu menikmati dunia bunyi bersendirian, Sony kini ada produk yang sesuai untuk anda. Barisan fon kepala wayarles sukan Sony yang baru ini memiliki ciri-ciri seperti kalis peluh, berhubung tanpa wayar dengan fungsi anti-hingar (noise-cancelling).

Tiga model baru yang diperkenalkan Sony dengan ciri-ciri yang disebut tadi ialah WF-SP700N, WI-SP600N dan WI-SP500. Dengan bantuan aplikasi mudahalih Sony Headphones Connect, pelbagai tetapan bunyi boleh dibuat untuk lebih kepuasan telinga.



Fon kepala Sony WF-SP700N adalah fon kepala tanpa wayar sama sekali, tidak bersambung wayar untuk fon kiri dan kanannya. Tetapi ia mampu memenuhi keperluan ahli sukan dengan ciri kalis percikan serta teknologi anti-hingar digital untuk fokus dalam latihan.

Walaupun dengan anti-hingar, pengguna masih boleh mendengar bunyi persekitaran menerusi mod Ambient Sound. Anti-hingar sesuai untuk kegunaan dalam gym, manakala Ambient Sound pula diaktifkan bila berjogging di luar. Bagi memberi lebih oomph, teknologi Sony EXTRA BASS turut terdapat di dalamnya.



Rekaan arc pada badan Sony WF-SP700N memastikan ia kekal melekat di telinga tidak kira apa aktiviti yang dilakukan. Malah dengan pengiktirafan IPX4,ia boleh dibawa bersama di dalam hujan ataupun ketika peluh berlebihan semasa bersenam.

Fon kepala Sony WF-SP700N datang bersama case pengecas kompak. Jika dicas penuh, ia boleh digunakan secara berterusan selama 3 jam, dan case pengecas boleh memberinya dua kali pengecasan penuh, memberikannya waktu penggunaan hingga 9 jam sebelum perlu dicas semula.

Jika anda merasa Sony WF-SP700N terlalu kecil untuk dijaga, Sony ada menawarkan Sony WF-SI600N yang meyambungkan fon kepala kiri dan kanan secara wayar. Ia memiliki ciri yang sama dengan WF-SP700N seperti kalis percikan IPX4, teknologi anti-hingar digital dan EXTRA BASS.

Pengecasan penuh Sony WF-SI600N membolehkannya digunakan secara berterusan sehingga 6 jam. Ia berhubung secara Bluetooth dan boleh dipadankan denga pantas menggunakan NFC.

Bagi yang lebih berminat dengan unit pemacu jenis terbuka (open-type driver), Sony menawarkan model Sony WI-SP500. Rekaan ergonomiknya memastikan ia tidak terkeluar dari telinga sepanjang aktiviti bersukan.

Dengan badan yang lebih besar, Sony WI-SP500 boleh memuatkan bateri berkapasiti lebih. Kerana itu ia boleh digunakan secara berterusan sehingga 8 jam.

Ketiga-tiga model fon kepala sukan Sony wayarles ini telah dijual di Malaysia dengan harga RM709 (WF-SP700N), RM619 (WI-SP600N) dan RM329.50 (WI-SP500). Beberapa warna ditawarkan untuk pilihan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web Sony di pautan WF-SP700N, WI-SP600N dan WI-SP500.

Tags: Fon kepala SonySonySony HeadphonesSony MalaysiaSony WF-SP700NSony WI-SP500Sony WI-SP600N
Najib

Najib

POPULAR

Fon kepala baru Sony bantu peminat kecergasan bersenam seorang diri

Fon kepala baru Sony bantu peminat kecergasan bersenam seorang diri

4 July 2018
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN