vivo NEX akan cabar OPPO Find X di pasaran Malaysia

Jika anda ada menonton perlawanan Piala Dunia 2018 Rusia, pasti anda ada terlihat iklan vivo NEX di tepi padang. Ia adalah telefon pintar terbaru dari vivo, menampilkan skrin penuh tanpa takuk dengan kamera hadapan yang tersembunyi.

Hari ini, vivo Malaysia mengesahkan telefon pintar vivo NEX akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Ia akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2018, sekitar bulan Julai ke September. Tarikhnya akan diumumkan vivo Malaysia tidak lama lagi.

NEX is Now!!

#vivoMalaysia #NEX #ComingSoon

Posted by Vivo on Sunday, 8 July 2018

Telefon pintar vivo NEX memiliki skrin AMOLED tidak bertakuk, berukuran 6.59-inci dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.24%. Skrin ini memiliki resolusi FHD+ 2316×1080. Bateri sebesar 4,000mAh dimuatkan ke dalamnya dan boleh dicas melalui USB-C.

Kamera hadapan vivo NEX tersembunyi di dalam badan dan boleh dikeluarkan dalam masa 1 saat. menurut vivo, modul kamera hadapan ini telah diuji dengan ketat dan boleh bertahan sehinga 50,000 kali keluar masuk.

Kamera hadapannya menggunakan sensor 8MP F2.0. Untuk kamera belakang pula, ia adalah dwi-lensa gandingan sensor 12MP F1.8 dan 5MP F2.4 dan memiliki penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi.

Di dalamnya, vivo NEX dipasang cip pemproses Snapdragon 845 dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk bunyi pula, ia tidak menggunakan pembesar suara biasa sebaliknya menggunakan permukaan skrin sebagai penghantar bunyi. Tambah menarik, ia memiliki pengimbas capjari di atas skrin.

Di China, vivo NEX telah dijual pada harga RMB4,498 (~RM2,739) bagi storan 128GB dan RMB4,998 (~RM3,044) untuk storan 256GB. Untuk rujukan, OPPO Find X 8GB RAM dan 256GB storan berharga RMB4,999 (~RM3,045) di China.

BACA  Rantai Swarovski percuma dalam edisi terhad vivo V11i Dewi Merah Jambu

Sedikit sebanyak, vivo NEX akan memberikan saingan kepada OPPO Find X yang turut tampil dengan konsep yang hampir sama. Skrin nirbingkai tanpa takuk dan kamera tersembunyi. Di antara vivo NEX dan OPPO Find X, yang mana akan anda pilih?