Ini Jawapannya Jika Anda Mencari Telefon Kalis Hacker

Sedang dunia kini berhijrah ke telefon dengan paparan nirbingkai, Blackberry utuh menggayakan telefon terbaru mereka yang hadir dengan papan kekunci fizikal, BlackBerry KEY2.

Ternyata ia disasarkan pada golongan niche yang memerlukan sesuatu yang khusus. Kehadiran papan kekunci fizikal padanya menjadikan telefon ini langsung tak ideal untuk bermain games.

Sebaliknya, jika anda memerlukan sebuah telefon untuk melakukan kerja produktiviti, inilah jawapannya.

Papan kekunci KEY2 20% lebih besar berbanding sebelumnya bagi memeberikan keselesaan semasa menaip. Sungguhpun begitu, ruangan papan kekunci masih sama besar seperti sebelumnya dan tidak memaksa BlackBerry menggunakan panel paparan yang lebih kecil.

Diatas papan kekunci anda akan dihidangkan dengan paparan 4.5″ beresolusi HD Penuh tapi dengan nisbah 3:2.

Uniknya telefon ini berbanding yang lain adalah tahap keselamatannya yang tinggi. BlackBerry menanam sistem keselamatan mereka dengan amat dalam sehingga pada CPU yang digunakan pada telefon ini turut dilindungi.

Daripada segi perisian, BlackBerry DTEK akan memantau keselamatan sisitem anda secara menyeluruh dan memaklumkan jika ada sebarang risiko data tertiris keluar.

Untuk spesifikasi asas, KEY2 dikuasakan CPU Snapdragon 660 bergandingan bersama RAM seluas 6GB. Buat pasaran Malaysia, kita menerima model berkeluasan storan 64GB yang boleh diperluas melalui slot kad SD.

Di jabatan pengimejan, ia menampilkan konfigurasi dwikamera belakang 12MP+12MP yang boleh mensimulasikan kesan bokeh dengan baik manakala untuk berswafoto, kamera 8MP boleh digunakan.

Kesemua perkakasan elektronik padanya dikuasakan bateri sebesar 3,500mAh yang boleh dicas pantas melalaui port USB-C.

BlackBerry KEY2 dijual pada harga RM2,599 dan boleh dibeli secara dalam talian melalui Shopee bermula 12 Julai 2018.

Untuk waktu terhad, sekiranya anda melakukan pesanan pada 12 Julai 2018 bermula 9 pagi, anda akan menerima rebat sebanyak RM150 keatas harga telefon serta pemberian percuma headfon Bluetooth bernilai RM109.

BACA  Nikon Z Sedia Gempur Kubu Mirrorless Sony A7