• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate 10 Pro kini RM400 lebih murah

  • OLEH Najib
  • 7:19 pm
  • 10/07/2018
  • Komen
Huawei Mate 10 Pro kini RM400 lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda sedang berfikir untuk mendapatkan salah satu telefon terbaik keluaran Huawei? Jika ya, anda boleh dapatkan Huawei Mate 10 Pro kerana ia baru sahaja menerima potongan harga sebanyak RM400.

Huawei Mate 10 dilancarkan di Malaysia pada bulan November tahun lepas, pada harga RM3,099. Ia adalah peranti pertama dari Huawei yang menggunakan pemproses Kirin 970, yang memiliki pemproses neural tambahan bagi memperkasa AI.



Hari ini, Huawei Malaysia mengumumkan penurunan harganya sebanyak RM400, menjadikan harga rasminya hanya RM2,699. Bersama pemproses Kirin 970, ia turut dipasang dengan 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Kamera Huawei Mate 10 Pro juga snagat menarik kerana dikuasakan lensa Leica. Kamera belakangnya menggunakan optik Leica 20MP monokrom + 12MP RGB, manakala kamera hadapannya 8MP F/2.0. Dengan kuasa AI, kameranya boleh meneliti pemandangan dan mengenakan tetapan yang bersesuaian.



Skrin telefon ini menggunakan paparan AMOLED Fullview seluas 6.0-inci, dalam nisbah 18:9 dan resolusi FHD+ 2160×1080. Baterinya pula sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei Supercharge melalui sambungan USB-C.

Huawei Mate 10 Pro kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP67. Tetapi ia mengorbankan port audio 3.5mm.

Walaupun dengan penurunan harga ini, Huawei Mate 10 Pro dilihat boleh dibeli lebih murah dari ini. Di Lazada, banyak penjual meletakkan harga RM2,399 untuk Huawei Mate 10 Pro. Ia adalah sangat berbaloi jika anda berminat dengan kuasa AI pada Kirin 970 bersama kamera yang dikuasakan optik Leica.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Mate 10HUAWEI Mate 10 ProMate 10 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
Huawei Mate 10 Pro kini RM400 lebih murah

Huawei Mate 10 Pro kini RM400 lebih murah

10 Julai 2018
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER