Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kamera Terbaru Nikon Ini Mampu Teropong Anda Di Bulan

Dengan kemampuan zum sehingga 125X, Nikon P1000 adalah kamera point & shoot paling jauh jangkauannya pernah dihasilkan Nikon. Ia adalah pengganti kepada P900 yang mereka lancarkan dalam tahun 2015.

Dalam generasi sebelum ini, P900 memiliki jangkauan zum sehingga 83X, sedikit pendek berbanding P1000. Tapi kamera baru ini masih menggunakan sensor 16MP 1/2.3″ seperti sebelumnya dan bukaan apertur berada dalam julan F2.8-F8.0.

Nikon akhirnya meletakkan fungsi menangkap gambar dalam bentuk RAW yang tidak disertakan pada generasi sebelum ini.

Kamera ini mungkin menarik minat para vlogger diluar sana kerana hadir dengan LCD boleh kilas serta kemampuan merakam video 4K dalam pakej yang agak kompak. Kehadiran port audio 3.5mm untuk mikrofon pastinya menjadi daya penarik padanya.

Nikon P1000 dijual dalam pasaran Amerika Syarikat pada harga USD 1,000 (RM 4,021).

[Sumber: Nikon]

BACA  Hanya 30 Minit Diperlukan Oleh Kuman Untuk Jangkiti Semua Orang Semasa Acara Makan Buffet, Menurut Kajian Ini