Tonton Piala Dunia lebih menarik dengan TV ULED Hisense

[Artikel ini dibawakan kepada anda oleh TV ULED Hisense U7]

Jenama Hisense bukanlah satu yang asing di Malaysia. Mereka telah menyediakan pelbagai peralatan elektrik di rumah untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Jika anda peminat sukan, sudah pasti anda pernah melihat nama Hisense kerana mereka telah menaja beberapa sukan kegemaran ramai seperti pasukan F1 Red Bull Racing, serta menjadi penaja perlawanan bola sepak UEFA Euro 2016 serta FIFA Piala Dunia 2018.

Salah satu produk utama Hisense adalah TV Pintar atau Smart TV. Tambah menarik, Hisense melancarkan TV Edisi Khas Piala Dunia, siri ULED U7. Ia pasti dapat memberikan lebih kepuasan untuk menonton siaran Piala Dunia 2018 kelak.

TV ULED Hisense U7 menggabungkan teknologi terkini di dalam dan luar. Rupanya dapat dilihat premium kerana ia menggunakan besi tulen berkualiti tinggi pada kaki dan bingkai. Rekaannya menjadi lebih menarik dengan badan yang super-nipis, serta skrin nirbingkai.

Kualiti paparan TV ULED Hisense U7 memberikan tayangan yang sangat mengagumkan. Teknologi Elite Backlight membolehkan panel paparan ultra nipis sambil menghasilkan kontras warna yang tinggi dan kecerahan sekata.

Skrin ULED pada TV ini mencapai 100% gamut warna. Walaupun menerima signal berkualiti standard, ia mampu memaparkan gambar yang sangat hidup dengan warna asli, terang dan jelas.

Bagi memastikan paparan yang lancar walaupun dalam aksi pantas seperti sukan, teknologi Ultra Motion dan panel Smooth Motion Rate 200 digunakan. Ia boleh menganggar pergerakan dan menjadikan pergerakan pantas sentiasa tajam dan jelas kelihatan.

Enjin Hi-View adalah tulang belakang TV ULED Hisense yang menguruskan warna, kontras dan gerakan paparan pada tahap optimum. Ini untuk memastikan penonton dapat melihat kandungan pada tahap tertinggi.

Sistem bunyi pada TV ini pasti tidak mengecewakan. Pembesar suara yang digunakan memiliki kuasa Hi-Sound Pro dan ia menjadikan bunyi lebih lantang tetapi jelas dan tersusun.

Paparan beresolusi ultra tinggi 4K di TV ULED Hisense bukan sahaja memaparkan paparan yang super tajam. Tetapi ia juga menyokong HDR pada resolusi 4K, menjadikan warna jelas kelihatan terutama pancaran cahaya matahari dan bayang-bayang di dalam gambar.

Hisense menjadikan tontonan lebih mudah menerusi sistem operasi pintar VIDAA U. Pelbagai aplikasi boleh dipasang, memberikan pengguna lebih banyak kandungan untuk ditonton. Kandungan tempatan atau antarabangsa, serta kandungan filem, muzik mahupun sukan secara langsung.

Penggunaan TV ULED Hisense U7 tidak terhad dengan apa yang ada di TV sahaja, ia juga boleh menerima input dari telefon pintar, melihat gambar atau menonton video ke skrin lebih besar. Dengan aplikasi khas Remote, pengguna boleh melupakan alat kawalan jauh dan mengawal TV terus dari telefon pintar sahaja.

Jadikan ruang tontonan di rumah anda lebih ceria dan berkualiti bersama keluarga, dengan TV ULED Hisense U7. Datang dalam saiz 55-inci dan 65-inci, ia memberikan lebih nilai kepada wang anda. Dapatkan maklumat lanjut di laman web Hisense Malaysia.