• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mediapad M5 dan M5 Pro paling sesuai untuk gamers

  • OLEH Najib
  • 7:34 pm
  • 12/07/2018
  • Komen
Huawei Mediapad M5 dan M5 Pro paling sesuai untuk gamers
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun pasaran tablet dilihat menguncup berbanding telefon pintar, ia tidak menghalang Huawei untuk menghasilkan tablet baru dengan spesifikasi terkini. Hari ini, Huawei Malaysia melancarkan dua model tablet, Mediapad M5 dan Mediapad M5 Pro.

Perbezaan paling utama antara kedua0dua tablet ini adalah saiz skrinnya. Mediapad M5 memiliki skrin berukuran 8.4-inci, manakala Mediapad M5 Pro pula dipasang skrin 10.8-inci. Kedua-dua skrin ini memiliki resolusi tinggi 2K (2560×1600) dengan kaca ergonomik 2.5D yang melengkung di sisi.



Perkara lain banyak dikongsi bersama Mediapad M5 dan M5 Pro. Cip pemproses yang digunakan kedua-duanya adalah Kirin 960 buatan Huawei. RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB dipateri di dalam. Ia turut menyokong storan tambahan mikroSD sehngga 256GB, dan memiliki slot kad SIM nano untuk sambungan LTE.

Kamera belakang 13MP dengan autofokus dan kamera depan 8MP berfokus tetap digunakan pada tablet ini. Pengimbas capjari terdapat di depan, di bawah skrin yang turut bertindak sebagai butang Home. Tablet ini juga menggunakan istem operasi terkini Android 8.0 Oreo dan antaramuka EMUI 8.0.



Selain saiz skrin, saiz bateri juga berbeza. Mediapad M5 memiliki bateri 5,100mAh manakala Mediapad M5 Pro pula 7,500mAh. Ia dicas melalui sambungan USB-C dan menyokong pengecasan pantas 9V/2A (18W).

Port audio 3.5mm tidak terdapat pada tablet ini, tetapi ia dikuasakan pembesar suara stereo yang ditala oleh pakar audi terkemuka dunia, Harman Kardon. Cuma, Mediapad M5 dipasang dua speaker stereo tetapi Mediapad M5 Pro mempunyai 4 speaker stereo.

Satu lagi keistimewaan pada Mediapad M5 Pro adalah M-Pen. Ia adalah pen yang boleh dicas melalui port USB-C, dan digunakan untuk melukis secara digital di atas skrin.

Tablet Huawei Mediapad M5 akan mula dijual di Malaysia pada 13 Julai pada harga RM1,499. Dua warna ditawarkan, Space Grey dan Champagne Gold. Untuk masa terhad, pembeli akan juga menerima gamepad percuma. Selagi stok masih ada.

Bagi Huawei Mediapad M5 Pro, ia akan mula dijual di Malaysia pada 25 Julai 2018. Harga jualannya RM1,899 tetapi hanya dalam satu warna, Space Grey. Hadiah percuma berupa flip cover turut diberikan kepada pembeli, selagi stok masih ada. Langganan viu premium selama 6 bulan turut diberikan percuma kepada pembeli Mediapad M5 dan M5 Pro.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei Mediapad M5Huawei Mediapad M5 ProMediaPad M5Mediapad M5 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Huawei Mediapad M5 dan M5 Pro paling sesuai untuk gamers

Huawei Mediapad M5 dan M5 Pro paling sesuai untuk gamers

12 July 2018
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN