Dengan RX100 Mark VI, Gambar Kabur Adalah Sejarah Silam

Sony RX100 Mark VI adalah kamera kompak terbaru dalam siri RX100. Dilancarkan pada awal Julai yang lepas, ia kini tiba di Malaysia. Terdapat beberapa penambahbaikkan yang boleh dirasai pada kamera ini berbanding versi yang terdahulu.

Paling ketara adalah kehadiran lensa mengezum yang memiliki julat fokal yang lebih panjang. Berbanding 24-70mm (3 kali zum) pada Mark V, ia kini mengezum sehingga 200mm jauhnya (8 kali zum) yang menjadikan kamera ini teman yang versatil sama ada anda ingin menangkap gambar landskap mahupun gambar hidupan liar dari jauh.

24mm

200mm

Walaupun masih menggunakan sensor 1″ beresolusi 20.1MP seperti sebelumnya, pemproses imej yang diguna pakai pada kamera ini adalah daripad jenis BIONZ X yang ditambah baik. Hasilnya, anda boleh menangkap gambar selanjar sepantas 24fps dan dalam masa yang sama masih menikmati bantuan sistem autofokus.

Mengujar tentang aufokous, anda tak perlu risau dengan gambar kabur. “Noob” pun mamu mengambil gambar secantik professional dengan berbekalkan hanya pengetahuan komposisi dan tak perlu tahu mendalam tentang aspek teknikal fotografi.

Pada kamera ini terdapat sistem pembidik autofokus terpantas setakat ini dalam siri RX100. Dalam keadaan ideal, ia mampu membidik sepantas 0.03saat. Digandingkan pula dengan kepantasan selanjar 24fps, anda hanya perlu menekat butang shutter dan biarkan kamera yang melakukan kerja.

Panel paparan kamera ini boleh dikilas untuk menghadap anda semasa mengambil swafoto dan bahagian EVF sudah ditambah baik yang kini dibantu oleh mekanisme berspring untuk menolak keluar EVF sejurus menekan picu khas.

Daripada segi videografi, kamera ini boleh:

BACA  #ChargeGate fungsi baru tersembunyi di iPhone XS?

Jika anda tidak sempat melakukan tempahan semasa kempen tempoh hari, anda boleh mendapatkan sebuah Sony RX100 Mark VI bermula 20 Julai 2018 pada harga RM4,899. Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.