HUAWEI nova 3 dan nova 3i pesaing baru kelas pertengahan premium

Hari ini Huawei melancarkan dua model baru telefon pintar mereka dalam satu acara penuh meriah yang dihadiri ramai selebriti tanah air. Huawei nova 3 dan nova 3i menjadi ahli baru peranti Huawei di Malaysia.

nova 3 boleh dikatakan kembar tak serupa Huawei P20, kerana spesifikasinya mempunyai banyak persamaan. nova 3 dibekalkan cip AI Kirin 970 di dalam, bersama 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Kameranya juga tak jauh berbeza, tetapi nova 3 ada empat kamera padanya. Di kamera belakang ialah gandingan sensor monokrom 24MP F1.8 bersama sensor RGB 16MP F1.8, tetapi tanpa cap LEICA. Di depan pula adalah sensor 24MP F2.0 + 2MP F2.4, merakam gambar potret dengan bokeh yang sangat lazat.

Saiz skrin adalah perbezaan paling ketara nova 3 dan Huawei P20. nova 3 dipasang skrin berukuran 6.3-inci, dalam nisbah 19.5:9, resolusi FHD+ 2340×1080 dan memiliki takuk di dahi (jauh lebih besar dari P20). Baterinya juga lebih besar, 3,750mAh dan menyokong pengecas pantas 9V/2A melalui USB-C.

Model kedua yang diperkenal hari ini, nova 3i juga kembar nova 3 tapi dari rupa luaran sahaja. Ia menggunakan cip Kirin 710 (dikatakan sebaik Snapdragon 660), RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 128GB.

Spesifikasi skrinnya semua sama, 6.3-inci, FHD+, 19.5:9 dan takuk besar di dahi. Tetapi baterinya sedikit kecil, 3,340mAh dan dicas melalui mikroUSB dengan pengecas 5V/2A.

HUWAEI nova 3 (bawah) dan nova 3i (atas)

nova 3i juga memiliki empat kamera, tetapi spesifikasi berbeza. Di belakang, ia adalah gabungan sensor 16MP+2MP. Di depan pula, 24MP+2MP menandakan ia lebih kepada peminat swafoto.

Huawei nova 3i akan mula dijual pada 28 Julai dengan harga RM1,249. Tiga warna boleh dipilih iaitu Iris Purple (seperti Phantom Blue P20), Black dan Pearl White.

BACA  Layak naiktaraf unifi Turbo? Semak statusnya di sini

Satu jerayawara akan dibuat pada 28 Julai nanti, bertempat di IOI City Mall. Setiap pembelian Huawei Nova 3 akan menerima fon kepala Bluetooth Huawei AM61 bernilai RM198 secara percuma. Lebih baik lagi, 1,000 pembeli pertama akan menerima hadiah tambahan berupa Huawei A2 Band dan T-Shirt Nerd Unit, keduanya bernilai RM368. Di sini, Huawei juga akan menjual Nova 3i

Huawei Nova 3 yang lebih berkuasa akan mula dijual di kemudian hari, pada 17 Ogos 2018 berharga RM1,899. Hadiah percuma untuk pembeli terawal juga diberikan, iaitu fon kepala Bluetooth Huawei AM61 bernilai RM198. Tiga warna juga disediakan tetapi sedikit berbeza iaitu Iris Purple, Red dan Black.

Huawei turut menyediakan lebih banyak ganjaran untuk pembeli nova 3 dan nova 3i, menerusi aplikasi HUAWEI AppGallery. Antara ganjaran yang disediakan seperti diskaun tiket masuk ke Sunway Lagoon, kadar eksklusif gym Celebrity Fitness, langganan premium Viu, tiekt masuk percuma ke KL Fashion Week, kupon Grab RM10 dan banyak lagi.