• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nokia pesan beli telefon pisang yang tulen bukan tiruan

  • OLEH Najib
  • 12:17 pm
  • 20/07/2018
  • Komen
Nokia pesan beli telefon pisang yang tulen bukan tiruan
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu telefon lagenda Nokia yang dihidupkan kembali, Nokia 8110 nampaknya menerima sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Menerima suntikan rangkaian 4G, Nokia 8110 yang baru ini memiliki beberapa fungsi asas telefon pintar di samping bateri yang tahan lebih lama.

Tetapi pengeluar telefon Nokia 8110 4G, melihat satu masalah besar buat pengguna sekarang. Kemunculan klon atau tiruan telefon ini. Untuk itu, mereka mengeluarkan satu panduan kepada orang ramai untuk mengenal pasti dan membeli Nokia 8110 4G yang tulen dan asli.



Kiri ialah buah Pisang, kanan ialah telefon Nokia Pisang

Nokia 8110 4G atau lebih popular dengan nama telefon pisang telah mula dijual di Malaysia bermula 6 Julai 2018 pada harga RM285. Ia datang dalam dua warna, Hitam Tradisi dan Kuning Pisang. Pada kotak pembungkusannya, akan terdapat pelekat AVAXX Corporation (M) Sdn Bhd, selaku pengedar sah telefon Nokia di Malaysia.



Hanya telefon pintar Nokia 8110 4G yang tulen dan asli akan dilindungi di bawah jaminan HMD Global serta sokongan perkhidmatan pelanggan. Ia juga lebih bermutu kerana menggunakan bahan binaan yang tahan lama di samping memenuhi tahap piawaian kualiti yang ditetapkan.

Orang ramai boleh mengenalpasti Nokia 8110 4G yang asli menerusi ciri-ciri yang disediakan oleh HMD Global seperti di bawah ini. Ingat, jangan tersilap beli pisang, pastikan ia telefon pisang Nokia 8110 4G yang tulen dan asli.

Tags: HDM GlobalNokiaNokia 8110 4GNokia Malaysianokia pisangTelefon Pisang
Najib

Najib

POPULAR

Nokia pesan beli telefon pisang yang tulen bukan tiruan

Nokia pesan beli telefon pisang yang tulen bukan tiruan

20 July 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN