XF10 Kamera Kompak Bersensor Besar Terbaru Dari Ketuhar Fujifilm

Penembak jalanan pastinya memerlukan sebuah kamera berkemampuan tinggi tapi dalam masa yang sama masih memerlukan tahap mobiliti yang tinggi untuk bergerak kesana-kemari. Produk terkini daripada dapur Fujifilm pastinya menyukai kamera ini. XF10 adalah sebuah kamera bersensor APS-C yang boleh dimuatkan dalam poket seluar.

Menjadi versi bajet kepada X70 yang dilanckarkan dua tahun lepas, XF10 masih menggayakan sensor APS-C tapi pada resolusi yang lebih besar iaitu 24MP berbanding 16MP.

Pada sudut lensa, ia mengguna pakai lensa berjarak fokal malar, 28mm setara dengan format 25mm dan apertur boleh dibuka seluas F2.8.

Kamera ini dilihat sebagai versi “lite” kepada X70 kerana beberapa sebab. Antaranya adalah:

  • ketiadaan gelung pengawal apertur di bahagian lensa dan hotshoe untuk flash turut digugurkan
  • panel paparan boleh kilas digantikan dengan panel biasa 3″
  • bahagian badan plastik dan permukaan badan kurang grip

Pada sudut keupayaan video, kamera ini mampu merakam video [email protected] ataupun [email protected]

Di A.S, Fujifilm XF10 dijual pada harga USD 500 dan mula boleh dibeli bermula Ogos 2018.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

BACA  Mavic 2 Enterprise Ahli Baru DJI Khas Untuk Operasi Menyelamat