• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Armada Acer Siap Sedia Perkasa Perusahaan Anda Tidak Kira Kecil Ataupun Besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:25 pm
  • 23/07/2018
  • Komen
Armada Acer Siap Sedia Perkasa Perusahaan Anda Tidak Kira Kecil Ataupun Besar
Share on FacebookShare on Twitter

Selain menawarkan produk pengkomputeran pada pengguna biasa. Acer turut ada produk yang dikhususkan pada pengguna komersial. Bezanya antara kedua-dua penawaran adalah pada pengguna komersial, tahap boleh ubah (customization) yang lebih tinggi disediakan bagi mengomptimumkan kos operasi mereka.

Terkini, Acer melancarkan sejumlah besar produk dalam pelbagai kategori, khas untuk pengguna komersial ini. Secara asasnya kesemua mesin yang mereka lancarkan boleh dimasukkan dalam tiga kategori iaitu:



  • Veriton
  • TravelMate
  • Chromebook

Acer Veriton

Ini adalah produk desktop untuk pejabat yang memerlukan sebuah komputer tetap. Misalnya untuk sistem inventori atau point-of-sales (POS). Ia kini dikemas kini bagi menerima CPU terkini sehingga genreasi 8 Core-i7+.

Ditambah pula dengan kehadiran teknologi Intel Optane serta storan daripada jenis SSD, kerja pengkomputeran menjadi lebih lancar dan responsif agar produktiviti tidak terjejas.



Veriton M6660G

Veriton S2660G

Veriton X2660G

Vertion X6660G

Untuk perpindahan data, kesemua produk diperkasa Wi-Fi 802.11ac, Gigabit LAN, serta USB-C Gen 1. Maka, anda boleh menjangkakan perpindahan data yang pantas antara komputer ini dengan internet ataupun pemacu storan yang lain.

Jika pengguna memerlukan kuasa pengkomputeran yang lebih tinggi untuk melakukan kerja-kerja 3D, Acer boleh memasukkan GPU NVIDIA ataupun AMD serta RAM sehingga 64GB untuk memenuhi keperluan itu.

Desktop Acer Veriton boleh didapati pada harga serendah RM1,999.

Spesifikasi Acer Veriton X2660G

[table “79” could not be loaded /]

Spesifikasi Acer Veriton X6660G

Attention: The internal data of table “80” is corrupted!

Spesifikasi Acer Veriton M6660G

Attention: The internal data of table “81” is corrupted!

Spesifikasi Acer Veriton S2660G

Attention: The internal data of table “82” is corrupted!

Spesifikasi Acer Veriton S2660G (2)

Attention: The internal data of table “83” is corrupted!

Acer TravelMate

Sejak seklian lama, Acer TravelMate gah memperkasa sektor professional dengan laptop tahan lasak. Kini, ia dikemas kini untuk mendukung CPU terkini Intel Core generasi 8. Antara perkara yang diberi keutamaan adalah hayat bateri.

TravelMate X3410 dan siri P2 misalnya, memiliki hanyat penggunaan sehingga 15 jam lamanya agar anda tak perlu terpasak di sebelah soket elektrik.

TravelMate P2410

TravelMate P249

TravelMate X3410

Daripada segi prestasi, CPU yang berkuasa tinggi digandingkan bersama RAM seluas sehingga 32GB serta SSD seluas sehingga 512GB. Untuk bersambung dengan Internet, Wi-Fi 802.11ac dibekalkan untuk komunikasi superpantas.

Keselamatan mata dan data tidak juga diendahkan. Panel paparannya dilapisi teknologi BluelightShield bagi melindungi mata daripada keletihan melampau manakala untuk perlindungan data, teknologi penyulitan data pada tahap perkakasan, TPM 2.0, digunakan.

Acer TravelMate siri yang dikemas kini ini boleh didapati pada harga serendah RM2,499.

Spesifikasi Acer TravelMate P249 G3

Attention: The internal data of table “84” is corrupted!

Spesifikasi Acer TravelMate P2410 M

Attention: The internal data of table “85” is corrupted!

Spesifikasi Acer TravelMate X3410 M

Attention: The internal data of table “86” is corrupted!

Produk ChromeOS

Acer adalah antara peneraju pengeluar produk ChromeOS kerana tidak ramai pengeluar yang berani mendukung sistem operasi selain Windows secara besar-besaran. Untuk kali ini, Acer membawakan empat produk ChromeOS iaitu:

  1. Chromebook Spin 11
  2. Chromebook 11
  3. Chromebook Tab 10
  4. Chromebox CX13

Chromebook 11 dan Chromebook Spin 11 adalah laptop yang menjalankan sistem operasi ChromeOS. Keunikan Chromebook 11 adalah ia memiliki keteguhan mencapai piawaian ketenteraan MIL-STD 810F manakala varian Spin 11 paparannya boleh dikilas 180 darjah. Maka, daripada segi keutuhan, anda tak perlu risau kerana memang produk ini ditujukan untuk kegunaan pembelajaran dan pelbagai pengguna.

Oleh sebab ia menjalankan sisitem operasi hasilan Google, anda boleh menjalankan APP daripada Google Play termasuklah yang dibangunkan untuk Android.

Chromebook 11

Chromebook Spin 11

Kedua-dua laptop ini dikuaskaan CPU Intel N3450 dengan panel paparan 11.6″ HD. Untuk bersidang video, kamera 720p HD boleh digunakan.

Ketahanan bateri adalah tunjang laptop ini kerana ia boleh bertahan sehingga 12 jam lamanya untuk mengharungi sesi pembelajaran yang panjang tanpa masalah.

Laptop ChromeOS ini dijual apda harga bermula RM1,099.

Attention: The internal data of table “87” is corrupted!

Chromebook Tab 10 adalah tablet pertama dunia yang menjalankan ChromeOS. Ia dibangunkan untuk memperkasa proses pembelajaran kerana hadir dengan rekaan teguh serta mudah digunakan. Pada mukanya, terdapat panel paparan QXGA IPS dengan resolusi 2048 x 1536 sebesar 9.7″.

Ketahanan baterinya adalah baik. Berbekalkan bateri terbina dalam badannya, ia boleh digunakan selama 9 jam lamanya dan boleh dicas melalui port USB-C.

Chromebook Tab 10

Chromebook Tab 10

Input pada tablet boleh dilakukan menggunakan stailus Wacom untuk membuka potensi pembelajaran dengan lebih luas.

Chromebook Tab 10 dijual pada harga RM1,299.

Attention: The internal data of table “88” is corrupted!

Acer Chromebox CX13 adalah komputer besaiz telapak tangan yang mendukung sistem operasi ChromeOS. Komputer jenis ini ditujukan untuk penggunaan kedai komersial seperti pada sistem POS ataupun mengambil pesanan di restoren. Pada papan utama, ia dikuasakan CPU Intel Core generasi 8 serta RAM sehingga 16GB.

Oleh sebab menjalankan ChromeOS, masa boot sistem ini amatlah pantas dan data boleh dipindahkan menerusi port USB-C ataupun Wi-Fi 802.11ac.

Chromebox CX13

Chromebox CX13

Apa anda perlukan hanyalah paparan untuk Chromebox CX13 mengeluarkan imej.

Acer Chromebox CX13 dijual pada harga bermula RM1,999.

[table “89” could not be loaded /]

Layari laman Acer untuk maklumat lanjut.

 

Tags: Aceracer chromebookacer chromeboxAcer Malaysiaacer travelmateacer veritonenterprisekomputerlaptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Armada Acer Siap Sedia Perkasa Perusahaan Anda Tidak Kira Kecil Ataupun Besar

Armada Acer Siap Sedia Perkasa Perusahaan Anda Tidak Kira Kecil Ataupun Besar

23 July 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER