• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony Gegar Industri Kamera Telefon Dengan Sensor 48MP Pertama Dunia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:13 pm
  • 23/07/2018
  • Komen
Sony Gelakkan 960fps Samsung Kerana Mereka Ada ISO 51,200
Share on FacebookShare on Twitter

48 juta piksel dalam sekeping sensor berukuran 8mm pepenjuru bukanlah fantasi kerana berita terbaru daripada Sony menyatakan yang sensor IMX586 memang memiliki 48MP. Ia adalah bilangan piksel yang tertinggi dalam sensor telefon pintar setakat ini.

Terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang boleh dijangkakan pada sensor IMX586. Antaranya adalah:



  • Saiz piksel terkecil di dunia
  • Penyusunan penuras warna Quad Bayer berikan tahap kepekaan dan resolusi yang tinggi
  • Julat kedinamikan empat kali lebih tinggi

Memuatkan 48 juta piksel dalam sensor kamera sebesar hujung jari memaksa Sony mengecilkan saiz piksel individu kepada 0.8 mikron. Ia adalah yang terkecil setakat ini di dunia.

IMX586 berukuran pepenjuru 8mm



Pastinya masalah menangkap foton cahaya berlaku dek saiz piksel yang kecil. Ia memberi kesan pada kepekaan cahaya dan kepekatan warna.

Untuk mengatasi masalah ini, Sony menambah baik kecekapan pemerosesan isyarat daripada sensor untuk memastikan kehilangan isyarat berlaku pada tahap paling minimum.

Hal ini menyebabkan julat kedinamikan sensor ini berjaya ditingkatkan kepada 4 kali ganda berbanding biasa.

Susunan Piksel Quad Bayer

Selain itu, penggunaan cara susunan penuras warna secara Quad Bayer turut membantu mempertingkat kepekaan kepada warna. Dalam keadaan malap, sistem sensor secara bijak menggabungkan empat piksel bersebelahan untuk bertindak seperti sebuah piksel individu 1.6mikron.

Namun apabila dalam pencahayaan yang cukup, piksel-piksel ini akan berpecah kepada piksel asal 0.8 mikron yang mampu menangkap gambar 48MP.

Sampel gambar 48MP berbanding 12MP

Tidaklah diketahui bilakah telefon yang menggunakan sensor ini bakal dilancarkan.

[Sumber: Sony]

Tags: Camera Sensorimximx586Sonysony imx
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony Gelakkan 960fps Samsung Kerana Mereka Ada ISO 51,200

Sony Gegar Industri Kamera Telefon Dengan Sensor 48MP Pertama Dunia

23 July 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER