• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Telefon gaming ASUS ROG Phone akan tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:10 pm
  • 24/07/2018
  • Komen
Telefon gaming ASUS ROG Phone akan tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pameran COMPUTEX 2018 di Taiwan pada bulan Jun lepas, ASUS tampil dengan satu telefon pintar khusus buat bermain game dengan spesifikasi di luar norma. Hari ini, ASUS ROG Phone dimaklumkan akan tiba ke Malaysia tidak lama lagi.

DirectD, salah satu nama besar pengedar peranti di Lembah Klang kini membuka laman pendaftaran minat untuk telefon pintar ASUS ROG Phone yang dinyatakan akan tiba tidak lama lagi. Mereka menyenaraikan dua model dalam pendaftaran minat tersebut, kedua-duanya memiliki 8GB RAM tetapi dengan storan berbeza, 128GB atau 512GB.



COMING SOON!
• 8GB RAM + 128GB ROM
• 8GB RAM + 512GB ROM

Register your interest here?www.surveymonkey.com/r/8YW3Y52

Posted by DirectD on Monday, July 23, 2018

Dalam pendaftaran minat oleh DirectD ini, ia masih tidak menyebut tentang tarikh jualan, tetapi perkara yang disebut ialah telefon ini adalah set rasmi Malaysia. Bukannya set import AP.

ASUS ROG Phone bukanlah telefon pintar biasa yang ditampal label gaming, sebaliknya ia penuh dengan ciri-ciri seperti sebuah permainan konsol. Sudah pasti ia menggunakan perkakas berkuasa tinggi seperti Snapdragon 845 yang dicipta khas dari 8-teras menjadi 4-teras berkelajuan 2.96GHz, 8GB RAM serta storan dari jenis UFS2.1 dengan saiz 128GB atau 512GB.



Ia memiliki skrin 6.0-inci 18:9 dengan resolusi FHD+, diperkasa paparan AMOLED dengan masa respon 1ms dan kadar segar semula 90Hz. Skrin ini menyokong paparan Mobile HDR serta nisbah kontras 10,000:1. Ia bukan sahaja menghasilkan gambar yang lebih menawan, tetapi anti kabur dan efek ghosting, sangat penting untuk bermain game beraksi pantas.

Ini ditambah lagi dengan dua pembesar suara stereo yang menghadap muka dikuasakan dwi-amplifier pintar NXP987 untuk bunyi jelas, lantang dan kurang hingar. ASUS juga mengekalkan port audio 3.5mm pada ROG Phone.

Apa yang menjadikan ROG Phone seperti konsol permainan adalah dua butang AirTrigger, yang bertindak seperti butang L1/R1 di alat kawalan permainan. Ini memberi butang tambahan dan lebih kawalan dalam permainan.

ASUS juga menambah port di sisi telefon agar tidak menganggu apabila fon dipegang secara mendatar. Ini membolehkan telefon dicas dan dipasang fon kepala ketika bermain games.

ASUS turut menyediakan beberapa perkakas tambahan dengan mempergunakan port di sisi seperti kipas penyejuk AeroActive Cooler, Mobile Desktop Dock untuk sambungan monitor, papan kekunci dan tetikus, alat kawalan Gamevice dan skrin pendua TwinView Dock.

Bagi menambah perisa untuk kaki gamers, ASUS memasang lampu RGB untuk logo ROG di belakang telefon. Ini selari dengan konsep lampu pelbagai warna pada aksesori gaming lain seperti tetikus dan papan kekunci.

Sebagai sebuah telefon pintar, ia turut memiliki perkakas fotografi seperti dwi kamera belakang, 12MP F1.8 + 12MP lensa lebar 120-darjah, dan kamera hadapan 8MP. Kamera ini dikuasakan dengan teknologi fotografi AI dan PixelMaster.

Bateri pula berkapasiti 4,000mAh dan ia menggunakan teknologi pengecasan pantas ASUS Hypercharge dengan kuasa sehingga 30W, serta menyokong teknologi QuickCharge 4.0 dan USB-C PD3.0.

Jadi, adakah anda berminat untuk mendapatkan telefon pintar ASUS ROG Phone ini yang akan tiba tidak lama lagi? Jika ya, segeralah mendaftarkan minat di laman web DirectD agar anda menjadi yang terawal menerima khabar tentang ketibaannya kelak.

[Sumber: DirectD]

Tags: asusasus malaysiaASUS ROG Phonedirectdrog phonerog phone malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Telefon gaming ASUS ROG Phone akan tiba di Malaysia

Telefon gaming ASUS ROG Phone akan tiba di Malaysia

24 July 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER