ROG Phone, Idea Gila ASUS Yang Direalisasikan

Dunia gaming di Android menerima pendatang baru di ia bukanlah dari nama biasa-biasa. Republic of Gaming (ROG) ASUS adalah otai dalam dunia gaming dan pada Computex 2018, mereka hadir dengan ROG Phone yang miliki rekaan amat futuristik serta spesifikasi premium.

ROG Phone tidaklah mengikuti trend notch seperti telefon-telefon lain. Oleh sebab direka khas untuk gaming, sudah tentu segala-galanya atas sebab memberikan pengalaman bermain yang ekstrim.

Paparannya menggunakan panel AMOLED 6″ beresolusi 2160 x 1080. Terdapat cip pemprses imej khas terbina padanya yang membolehkan ia memaparkan imej HDR.

Selain itu, panel paparan padanya memiliki kadar refresh sepantas 90Hz. Hasilnya, ia memberikan kesan gambar yang amat lancar dan kabur minimum. 90Hz adalah sedikit rendah berbanding 120Hz Razer Phone. Namun begitu, ia lebih mesra tenaga dan tidak membebankan CPU.

Ia tidak bermakna ASUS menggunakan CPU murahan pada produk mereka. Pada papan utama, anda boleh menemui CPU Snapdragon 845 terpateri. Ia adalah CPU yang SD 845 yang dibina khas untuk ASUS oleh Qualcomm.

8 teras yang terbina padanya digabungkan menjadi dua teras sahaja dan clockspeed-nya dipertingkat kepada 2.96Ghz, 200Mhz lebih pantas berbanding SD 845 biasa.

Bersama-sama CPU yang superpantas, RAM 8GB LPDDR4 disediakan. Anda boleh mendapatkan ROG Phone dengan storan 512GB, paling luas dalam kelasnya setakat ini.

Jabatan pengimejan tidak dilupakan oleh ASUS. Padanya anda boleh menggunakan dwikamera belakang untuk mengambil gambar. Kamera utamanya diperkasa sensor 12MP manakala kamera sekundernya 8MP dengan sudut pandang luas. Untuk berselfie, kamera 8MP boleh digunakan.

Pada bahagian audio, ia diperkasa speaker stereo dengan amplifier khas. Selain speaker, bahagian Bluetooth pula menyokong Qualcomm AptX untuk menyalurkan bunyi berkualiti tinggi sungguhpun menggunakan Bluetooth. Tidak seperti telefon gaming lain, ROG Phone masih mengekalkan jek audio agar anda boleh gunakan headfon premium anda.

BACA  Galaxy S10 dengan Exynos 9820 ditemui berkuasa tinggi di Antutu

Salah satu ciri unik yang tiada pada mana-mana telefon setakat ini adalah kehadiran sensir ultrasonik AirTrigger. Ia sepert butang L1 L2 pada pad pengawal DualShock anda.

Menggunakannya, anda boleh melakukan kawalan semasa ber-gaming. Misalnya, dalam PUBGm ataupun permainan bergenre Battle Royal, butang ultrasonik boleh diguna untuk mengacukan senjatan dan menembak. Ia memberi kebebasan pada ibu jari melakukan bidikan.

ROG turut menyediakan beberapa aksesori untuk digunakan bersama ROG Phone seperti:

  • AeroActive Cooler untuk menyejukan telefon apabila bermain terlalu lama.

  • Mobile Desktop Dock bolehkan gaming menggunakan papan kekunci dan tetikus

  • Gamevice berikan lebih kawalan fizikal semasa bermain

  • TwinView Dock miliki bateri 6,000mAh terbina pada badannya

ROG Phone akan mula dijual bermula Ogos 2018 di pasaran terpilih.