4 Perkara Tentang CPU Pada Mi A2 Yang Buatkannya Labih Baik Dari Mi A1

Xiaomi Mi A2 dijangka akan menjadi telefon hangat sejurus penjualannya di Malaysia. Lihat sajalah sambutan yang diterima oleh Mi A1 dan ZenFone Max Pro M1 ketika mula dijual di Malaysia, kedua-dua pengeluar tak menang tangan untuk memenuhi permintaan pengguna di Malaysia.

Terdapat dua sebab mengapa kedua-dua telefon ini amat berjaya dalam era masing-masing. Ia adalah:

  • Harga mampu milik dengan spesifikasi premium
  • Pengalaman Android asli dengan minimum bloatware

Dan dengan Mi A2, ia bakal menjadi telefon contoh kepada pengeluar lain tentang formula menghasilkan telefon mampu milik yang berkualiti tinggi.

Mi A1 (kiri) & Mi A2 (kanan)

Sudah tentu terdapat pelbagai penambahbaikkan pada Mi A2 berbanding Mi A1. Tapi dalam artikel ini saya ingin memetik perihal CPU baru yang digayakannya iaitu Snapdragon 660.

Segala-gala yang ada atas cip Snapdragon 660

Ini adalah 4 kunci perbezaan Snapdragon 660 pada Mi A2 berbanding Snapdragon 625 pada Mi A1.

1. Teras CPU buatan sendiri

Kedua-dua Snapdragon 660 dan Snapdragon 625 dibangunkan dengan lapan teras (octa core) padanya. Tapi yang membezakan antara kedua-dua jenis CPU ini adalah jenis terasnya.

Jika anda meneliti helaian spesifikasi teknikal produk, Snapdragon 625 dibangunkan di atas 8 teras CPU daripada jenis ARM Cortex A53 manakala Snapdragon 660 menggunakan Kryo 260.

Kryo 260 adalah teras CPU semi-custom yang dibangunkan Qualcomm dan ia menggunakan seni bina big.LITTLE. Seni bina ini menggabungkan dua kluster teras yang berlainan clockspeed untuk menjalankan tugasan tertentu.

Misalnya tugasan yang memerlukan kuasa pemperosesan tinggi dikendalikan teras berkuasa tinggi manakala tugasan mudah diberikan kepada teras berkuasa rendah.

Hal ini boleh mengoptimumkan penggunaan CPU dan seterusnya diterjemahkan kepada penggunaan bateri yang lebih efisien.

BACA  5 Benda Menarik Pada Mate 20 Pro Yang Anda Perlu Tahu

Sebaliknya, pada Snapdragon 625, kelapan-lapan terasnya adalah daripada jenis A53. Maka, tidak terdapat pengoptimuman penggunaan CPU apabila melakukan sebarang tugasan pengkomputeran tidak kiralah kecil mahupun besar.

2. GPU lebih berkuasa

Pengguna Mi A2 turut menerima sebuah telefon dengan keupayaan grafik yang lebih baik. Pada Snapdragon 660, anda boleh menemui GPU Adreno 512 manakala Adreno 506 ditemui pada Snapdragon 625.

Walaupun kedua-duanya menggunakan mikrosenibina 14nm. Adreno 512 menikmati GPU dengan clockspeed lebih pantas (850Mhz vs 650Mhz) serta keupayaan memproses data lebih tinggi (255 GFLOPS vs 130 GFLOPS).

Besar kemungkinan penjimatan tenaga yang dicapai pada CPU disalurkan kepada GPU untuk anda ber-gaming dengan lebih baik.

Tambahan pula, menurut laman Notebookcheck, dalam 14 ujian penanda aras yang dilakukan pada pelbagai telefon yang memiiiki Adreno 506 dan Adreno 512, GPU yang lebih baru secara puratanya menikmati 36% lebih prestasi.

3. Sambungan LTE & Wi-Fi lebih pantas

Modem yang pantas tak berguna jika liputan telco anda teruk, bukan? Tapi seiring dengan masa, sudah pasti telco akan menambah baik perkhidmatan mereka seperti mempertingkat kelajuan apatah lagi liputan. Oleh sebab itu, telefon anda perlu sentiasa bersedia untuk berhubung dengan rangkaian Internet telco sepantas mungkin.

Pada Snapdragon 660, modem LTE X12 digunakan. Di keupayaan maksimum, ia boleh memuat turun data sepantas 600 Mbps atau memuat naik data sepantas 150 Mbps.

Bagi Snadpragon 625 pula, modem LTE X9 digunakan. Anda menikmati kelajuan muat turun 50% lebih perlahan iaitu 300 Mbps serta muat naik 150 Mbps.

Seperti sambungan LTE, Mi A2 juga memiliki sambungan Wi-Fi lebih pantas, manfaat daripada Snapdragon 660, berbanding Snapdragon 625. Cip Wi-Fi pada CPU yang lebih baru itu mampu mencapai kepantasan sehingga 867 Mbps, 60% lebih pantas daripada 364 Mbps yang dinikmati Snapdragon 625.

BACA  [Reviu] My Cloud Home Duo, Penyelesaian Muktamad Anda Kepada Masalah Lambakan Foto Liburan

Tapi, kedua-dua merekoa tetap menyokong sambungan Wi-Fi 802.11ac dengan bantuan teknologi 2×2 Mu-MIMO.

4. Kehadiran QuickCharge 3.0

Sedikit berita kurang enak tentang Mi A2 adalah bateri yang didatangkan bersamanya adalah sedikit kecil berbanding Mi A1 (2,910mAh vs 3,000mAh). Tapi berbanding generasi sebelumnya, pada Mi A2, pihak Xiaomi secara terang-terangan dalam laman spesifikasi teknikal Mi A2 memasukkan maklumat tentang pengecasan pantas yang disokongnya.

Ia menyokong QuickCharge 3.0 tetapi pengguna di India lebih gembira kerana Mi A2 untuk pasaran di sana menyokong QuickCharge 4.0. Semasa melakukan minieksperimen pengecasan menggunakan Mi A1, telefon ini dicas penuh dalam masa 104 minit (1 jam 44 minit) apabila dikenakan pengecas QC3.0.

Adakah prestasi yang sama boleh dilihat? Nantikan reviu pnuh kami nanti.

Rujukan